Tokan diburu, empat penagih dicekup di Telipok Ria

TUARAN: Aktiviti penagihan dadah di kawasan perumahan sekali lagi dibongkar apabila empat lelaki dicekup polis dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Perumahan Telipok Ria, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 9 hingga 10 malam itu, pasukan JSJN yang menjalankan Ops Tapis memberi tumpuan di kawasan […]
Blok Borneo usaha politik yang sah, bukan untuk mendominasi – Nizam

KOTA KINABALU: Cadangan pembentukan Blok Borneo tidak harus ditafsirkan sebagai usaha untuk mendominasi Semenanjung. Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, sebaliknya berkata ia adalah usaha politik yang sah dan matang untuk menyelaraskan suara Sabah dan Sarawak dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Borneo secara lebih tersusun di Parlimen. Berikutan itu, […]
6 motosikal dirempuh kereta api hilang kawalan diganti baharu

KOTA KINABALU: Enam pemilik motosikal yang rosak akibat dirempuh kereta api hilang kawalan berikutan masalah brek ketika dalam perjalanan dari Tenom ke Kampung Pangi, semalam bakal mendapat motosikal baharu sumbangan Ketua Menteri. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar yang berkongsi perkara itu melalui Facebook, berkata pemberian motosikal baharu itu dinyatakan Ketua […]
DBKK kesan penyamaran pegawai kanan, tempahan palsu guna WhatsApp

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan beberapa kes membabitkan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai kanan agensi itu bagi membuat tempahan pembekalan palsu melalui aplikasi WhatsApp. Dalam kenyataan hari ini, DBKK memaklumkan pihaknya mengambil maklum kejadian berkenaan yang berlaku baru-baru ini, susulan terdapat pihak menyalahgunakan identiti serta jawatan pegawai kanan DBKK untuk […]
Piala Cabaran: Sang Badak sasar persembahan konsisten, fokus aksi pertama separuh akhir

KOTA KINABALU: Sabah FC bertandang ke Stadium MP Manjung bagi menghadapi Perak FA dengan menyasarkan persembahan konsisten dalam aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran MFL, malam ini. Ketua jurulatihnya, Juan Torres Garrido berkata tumpuan penuh diberikan pada aksi separuh akhir pertama bagi memenangi perlawanan sebagai bekalan untuk ke perlawanan kedua di Likas selepas ini dan […]
Pelabur China dipelawa teroka peluang pelaburan di Sabah

KOTA KINABALU: Pelabur China dipelawa meneroka peluang pelaburan yang luas di negeri ini, khususnya dalam sektor ekonomi biru, tenaga boleh diperbaharui infrastruktur pintar, inovasi digital dan pelancongan mampan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata galakan kemasukan pelabur ke negeri ini selaras dengan dasar kerajaan yang digariskan dalam pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). […]
29 PATI warga Filipina ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau

RANAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini, semalam. Dalam kenyataan hari ini, JIM Sabah memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan oleh 18 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Ranau. Menurut kenyataan itu, […]
Rumah, kedai runcit musnah dalam kebakaran di Karamunting

SANDAKAN: Tiga rumah dan tiga kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Nenas, Karamunting, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, semua premis jenis tidak kekal berkeluasan keseluruhan 90×150 kaki dilaporkan terbakar 100 peratus. Ketua Balai BBP Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.01 pagi sebelum sepasukan anggota dari […]
Abang lemas ketika selamatkan adik selepas bot berlanggar

KOTA KINABALU: Pengorbanan seorang abang berakhir tragedi apabila dia ditemukan lemas selepas terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh susulan pelanggaran bot ketika memancing di perairan antara Sepanggar dan Pulau Gaya, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Jeksin Eming, 40, dipercayai bertindak terjun ke laut bagi membantu adiknya, Jaidin Eming, 30, […]
17 pusat hiburan digempur

KOTA KINABALU: Usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah di pusat hiburan terus dilakukan apabila sebanyak 17 premis di seluruh Sabah digempur serentak dalam tempoh lima jam menerusi Operasi Pusat Hiburan Kontinjen Sabah, awal pagi semalam. Operasi bermula jam 1 pagi hingga 5 pagi itu dilaksanakan secara bersepadu membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah bersama Bahagian […]