Abang lemas ketika selamatkan adik selepas bot berlanggar

KOTA KINABALU: Pengorbanan seorang abang berakhir tragedi apabila dia ditemukan lemas selepas terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh susulan pelanggaran bot ketika memancing di perairan antara Sepanggar dan Pulau Gaya, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Jeksin Eming, 40, dipercayai bertindak terjun ke laut bagi membantu adiknya, Jaidin Eming, 30, […]
17 pusat hiburan digempur

KOTA KINABALU: Usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah di pusat hiburan terus dilakukan apabila sebanyak 17 premis di seluruh Sabah digempur serentak dalam tempoh lima jam menerusi Operasi Pusat Hiburan Kontinjen Sabah, awal pagi semalam. Operasi bermula jam 1 pagi hingga 5 pagi itu dilaksanakan secara bersepadu membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah bersama Bahagian […]
Wanita ‘lalok’ tiga jenis dadah, pengurus KTV turut kantoi

PENAMPANG: Dentuman muzik dan lampu neon yang berkelip di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di daeran ini, awal pagi semalam bertukar sunyi sebaik pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu premis berkenaan dalam Ops Pusat Hiburan. Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, seorang wanita berusia 23 tahun yang […]
Produk ayam, daging sejuk beku lebih 552 tan dirampas di Penampang

PENAMPANG: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas pelbagai produk ayam dan daging sejuk beku seberat lebih 552,851.24 kilogram bernilai keseluruhan kira-kira RM14.56 juta dalam satu operasi bersepadu di Kampung Nambazan, Donggongon, di sini, hari ini. Serbuan kira-kira jam 10 pagi itu dilaksanakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil […]
Ahli Parlimen Sabah sedia sokong tindakan undang-undang tuntut hak 40%

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sabah sebulat suara bersedia menyokong sebarang tindakan undang-undang bagi memastikan pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih negeri sekiranya rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah gagal mencapai penyelesaian menjelang 15 April ini. Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Tuaran, Madius Tangau selepas mempengerusikan sesi town hall dan taklimat khas bersama Ahli Parlimen […]
Lagi tokan dadah Telipok Ria ditahan

TUARAN: Taktik seorang lelaki menjadikan tepi jalan di Taman Telipok Ria sebagai lokasi mengedar dadah terbongkar selepas dia dicekup sepasukan polis dalam Ops Gempur Khas, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, suspek berusia 37 tahun diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas cuba melarikan diri sebaik […]
Empat pencuri kabel TM ditahan ketika leka ‘tarik’ kabel bawah tanah

KENINGAU: Taktik sekumpulan individu menarik kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) menggunakan kenderaan terbongkar apabila mereka dicekup polis dalam serbuan, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan semak tepi jalan Kampung Mogong – Tangaban, Tambunan, empat suspek termasuk seorang wanita ditahan ketika dipercayai sedang melakukan kegiatan mencuri dan membinasakan kabel […]
Empat motosikal troli dirempuh kereta api, seorang cedera ringan

TENOM: Empat motosikal troli yang diletakkan di landasan dirempuh sebuah kereta api yang dilaporkan mengalami masalah brek dalam kejadian di Batu 11, laluan Tenom–Pangi, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tenom, Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 pagi Beliau berkata, kereta api berkenaan yang dalam perjalanan menghala ke Kampung […]
Jamawi gesa projek jalan Tenom–Pangi disegerakan selepas insiden brek kereta api gagal

TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Jamawi Jaafar menggesa projek pembinaan jalan raya Tenom–Pangi disegerakan susulan insiden kereta api yang dilaporkan mengalami masalah brek tidak berfungsi, pagi tadi. Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, beliau menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan kereta api yang membawa guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi […]
JSJN Sabah buru dua lelaki bantu siasatan kes dadah

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah (JSJN) Sabah sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua individu berkenaan dikenal pasti sebagai Choy Weng Hong dan Yam Chee Feng. Menurut kenyataan itu, Choy Weng Hong yang beralamat di Taman Seri Mega 1, Kepayan, Penampang serta Yam Chee […]