Dakwaan ‘Blok Borneo’ mahu kawal Malaya usaha lenyapkan perjuangan MA63

KOTA KINABALU: Dakwaan kononnya ‘Blok Borneo’ mahu “mengawal Malaya” disifatkan sebagai usaha untuk melenyapkan perjuangan menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Pemuda Nasional Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang, berkata naratif berkenaan amat mengelirukan dan sengaja dimainkan bagi menafikan hak serta tuntutan sah Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, dakwaan itu bukan sahaja […]
Hajiji alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan PETRONAS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik komitmen PETRONAS untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas. Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Menteri diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik dan status semasa operasi […]
Dua kontraktor LPB Sabah dikenakan penalti RM31.8 juta

KOTA KINABALU: Kerajaan mengenakan penalti ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) berjumlah RM31.8 juta terhadap dua kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang gagal menyiapkan kerja mengikut jadual ditetapkan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata sebanyak 23 pakej kerja dikenal pasti mengalami kelewatan berbanding jadual asal pelaksanaan projek infrastruktur berkenaan. Beliau berkata, […]
Tiga ditahan dalam Ops Tapis Narkotik di Sandakan

SANDAKAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) Sandakan di sekitar Kampung Sundang Laut, Jalan Batu Sapi dan Kampung Kagayan, Batu 8, di sini, Isnin lalu. Operasi bermula kira-kira jam 7 malam itu dijalankan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan […]
Vesel dikendali tekong warga asing ditahan guna lesen luput

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah vesel pukat jerut bilis yang didapati beroperasi menggunakan lesen tamat tempoh di perairan Kunak, semalam. Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata penahanan dilakukan kira-kira jam 4.45 petang pada kedudukan 2.6 batu nautika timur laut Pangkalan Kunak oleh […]
Blok Borneo tuntut keadilan pembangunan, bukan kawal sesiapa – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Blok Borneo yang merujuk kepada gabungan Sabah dan Sarawak adalah kesatuan suara rakyat kedua-dua negeri yang mahukan pembangunan lebih adil dan seimbang dalam Persekutuan Malaysia. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim, berkata Blok Borneo bukan soal ‘mengawal’ sesiapa. Beliau menegaskan sentimen Sabah Sarawak wujud bukan kerana emosi tetapi […]
RUU had dua penggal Perdana Menteri gagal peroleh sokongan dua pertiga

KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua, hari ini. RUU yang membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan itu hanya mendapat sokongan 146 Ahli Parlimen ketika undian belah bahagi dijalankan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, […]
Formula lama tanding lebih separuh kerusi tidak lagi relevan, BN perlu ubah strategi — Salleh

KOTA KINABALU: Pendekatan lama yang menetapkan Barisan Nasional (BN) mesti bertanding sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kerusi dalam pilihan raya disifatkan sudah tidak lagi sesuai dengan realiti politik semasa. Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata formula berkenaan lahir daripada era politik dominasi yang jauh berbeza dengan landskap hari ini yang lebih kompleks dan […]
Majoriti MP Bersatu sokong Hamzah kekal Ketua Pembangkang di Parlimen

KOTA KINABALU: Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee, mengesahkan kandungan sepucuk surat yang dihantar kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung sokongan majoriti Ahli Parlimen Bersatu agar Datuk Seri Hamzah Zainudin dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Menurut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), surat bertarikh 24 […]
Banjir perlu diisytihar ancaman Nombor satu sabah — Warisan

KOTA KINABALU: Banjir besar yang melanda Sabah pada Februari lalu sehingga menyebabkan beberapa daerah diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) perlu ditangani sebagai ancaman utama negeri ini. Pengarah Komunikasi Strategik Parti Warisan, Christopher Masudal, berkata kejadian berulang itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rakyat, malah mengakibatkan kemusnahan […]