Lelaki maut tertembak ketika memburu

KOTA BELUD: Lelaki yang pada awalnya dipercayai maut akibat terjatuh dari pokok ketika memburu di Hutan Simpan Stesen Safoda, Ulu Kukut, di sini, semalam bagaimanapun disyaki terkena tembakan. Dalam kejadian jam 7.17 malam itu, mangsa berusia 44 tahun ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 5.2 kilometer dari Pejabat Ladang Safoda. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan […]
10 ditahan pertaruhan lumba lari atas jalan raya

KENINGAU: Tindakan menjadikan sukan lumba lari sebagai medan pertaruhan wang membawa padah apabila digempur polis dalam Op Bersepadu di Bandar Baru Bataras, di sini, semalam. Malah lebih mengejutkan, dalam operasi itu turut dirampas bahan disyaki dadah jenis syabu dan air ketum selain beberapa individu ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Ketua Polis […]
1,870 paket minyak masak bersubsidi dirampas

SANDAKAN: Cubaan menyeludup keluar 1,870 paket minyak masak bersubsidi gagal apabila dua bot ditinggalkan pemiliknya selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam operasi di perairan Kampung Bokara Lama, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan sedang menjalankan rondaan rutin sebelum mengesan dua bot dalam […]
KTV diserbu, pengurus pusat hiburan positif syabu ditahan

KOTA KINABALU: Sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di pusat bandar raya ini diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang juga pengurus premis berkenaan ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine hasil […]
Selesaikan isu MA63 sebelum PRU16 – Bobbey Suan

KOTA KINABALU: Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan secara tuntas dan berani sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bobbey Suan, berkata penyelesaian isu itu bagi memastikan hak Sabah dan Sarawak terus terpelihara dalam kerangka Persekutuan. Beliau berkata, selepas lima tahun isu berkenaan berulang kali dibangkitkan di Dewan Rakyat […]
“Dia kata tidak lama…” – Ibu pilu anak ditemui tidak bernyawa

KOTA KINABALU: Suasana pilu menyelubungi tebing Sungai Kalansanan, Inanam, apabila seorang ibu tidak mampu menahan sebak melihat mayat anak lelakinya dibawa keluar dari sungai, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Jainal Hasim, 34, yang sebelum itu ditemui tidak bernyawa berhampiran Jalan Pintas Kingfisher, kira-kira jam 10 pagi. Ibu mangsa yang berada […]
Lelaki maut jatuh pokok ketika berburu

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok ketika menjalankan aktiviti berburu di kawasan hutan Sapoda, di sini, malam tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 44 tahun, dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum rakannya keluar dari kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, bilik kawalan […]
Kembara terjunam 20 meter dalam gaung, pemandu selamat

TAWAU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Simpang 4, Jalan Bukit TV, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.07 malam itu, mangsa berusia 54 tahun, bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan hanya mengalami kecederaan. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat […]
Remaja dikejarkan ke hospital selepas disengat haiwan berbisa

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai disengat haiwan berbisa di Pantai Tanjung Aru 2, di sini, petang tadi. Mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan sedang melakukan aktiviti di air sekitar pantai berkenaan sebelum tiba-tiba mengadu sakit pada jari kaki kirinya akibat sengatan. Remaja terbabit kemudian mendapatkan bantuan di Menara Penyelamat […]
Ops Imigresen: 22 PATI termasuk kanak-kanak ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan dalam operasi berasingan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang, semalam. Menerusi laman rasmi Facebook JIM Sabah hari ini, Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu memaklumkan operasi di daerah Kota Kinabalu dan Penampang itu membabitkan 17 pegawai penguat kuasa. “Hasil […]