Search

Shahelmey Presiden SAFA yang baharu

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang baharu bagi sesi 2023 – 2027. Pada pemilihan badan induk bola sepak negeri itu, hari ini, turut dipilih ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Presiden 1 manakala Datuk Awang […]

Sabah FC teliti dulu cari pengganti Njoku Jacob

KOTA KINABALU: Sabah FC perlu meneliti keperluan pengganti Njoku Jacob menjelang musim jendela perpindahan kedua pemain pada Julai nanti. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marzuki Nasir berkata ketika ini Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sedang membuat perancangan untuk mengenalpasti pemain yang mempunyai kualiti permainan yang sesuai dengan taktikal pasukan. Mengenai penamatan awal kontrak Jacob, beliau berkata, […]

Beri peluang muka baharu, individu sesuai terajui kepimpinan SAFA – Henry

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Henry Saimpon berkata, beliau tidak akan mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan SAFA yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bekas pemain negeri itu berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk menerajui kepimpinan SAFA. “Ya (tidak akan bertanding pada pemilihan kepimpinan SAFA), kita beri […]

Pemain perlu terus positif, kekalkan momentum kemenangan – OKS

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, skuad kendaliannya mampu mengulangi pencapaian menewaskan Kelantan United FC dalam saingan Piala FA di Stadium Likas, malam tadi, jika sikap positif ditunjukkan pemain berterusan. Beliau juga mahu momentum kemenangan pertama selepas tewas dua perlawanan dan seri sekali dalam saingan Liga Super sebelum ini dapat […]

Peluang banyak tapi penyudah tumpul – Kim Swee

KOTA KINABALU: Penyudah tumpul sekali lagi menjadi faktor Sabah FC gagal mengutip tiga mata dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Perkara itu diakui pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang berpendapat keadaan mungkin berbeza sekiranya deretan peluang dimiliki diterjemahkan kepada jaringan. Bekas ketua […]

Penyudah tumpul punca Sabah FC ‘putih mata’ – OKS

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, penyudah yang tumpul menjadi faktor pasukannya kecundang 0-2 kepada KL City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Katanya, walaupun Sabah FC mengawal permainan dengan baik terutama di separuh masa kedua, namun, kegagalan bahagian serangan untuk menghasilkan gol mengakibatkan mereka […]

Jelius jurulatih Sabah pertama miliki Lesen Pro A

KOTA KINABALU: Bekas pemain dan jurulatih skuad Badak, Jelius Ating menjadi jurulatih pertama dari Sabah yang memiliki Lesen Kejurulatihan Pro A. Ia sekali gus melayakkan bekas ‘orang besi’ Sabah itu untuk mengendalikan pasukan Liga Super Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan yang […]

Bekas pemain Sabah Bobby Chua meninggal dunia

KOTA KINABALU: Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia pada jam 2.25 petang tadi. Perkara itu turut disahkan isterinya, Zafidah Yaakub, menerusi satu hantaran di Facebook. “Assalamualaikum, suami saya (Zafidah Yaakub) yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi. “In Syaa Allah jenazah akan […]

Piala Kalimaran Tenom kembali diadakan hujung bulan ini

TENOM: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom kembali menganjurkan Piala Kalimaran yang bakal berlangsung pada 30 dan 31 Mac ini. Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, sama seperti sebelum ini, kejohanan itu dibuka kepada pasukan-pasukan daripada Tenom sahaja dan ianya diadakan sempena Pesta Kalimaran yang disambut pada 31 Mac. Katanya, kejohanan yang akan berlangsung di Padang […]

AT KENINGAU MMT JUNIOR B-11 JUARA PEKAN CUP 2023

LABUAN: Pasukan AT Keningau MMT Junior muncul juara kejohanan Pekan Cup 2023 bagi kategori B-11selepas menewaskan Tabs 2-0, di Kompleks Sukan Labuan, di sini, hari ini. Lebih manis, pasukan berkenaan bukan saja dinobatkan sebagai juara, malah menghabiskan kejohanan tanpa kekalahan. Di peringkat kumpulan, AT Keningau MMT Junior memulakan dua aksi mereka dengan keputusan seri namun […]