Search

Jelaskan kenapa laporan siasatan nahas ‘Double Six’ dirahsiakan – Yong

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menjelaskan kenapa laporan siasatan nahas pesawat Nomad dalam Tragedi Double Six pada 6 Jun 1976 diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan yang mahu laporan itu dianggap […]

Ewon akan sampaikan permintaan keluarga mangsa ‘Double Six’ kepada kerajaan

PENAMPANG: Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan menyampaikan permintaan keluarga mangsa nahas ‘Double Six’ pada 1976 ke perhatian kabinet persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, ia termasuk untuk mendapatkan laporan siasatan daripada Australia berhubung nahas yang mengorbankan 11 nyawa termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Allahyarham Tun Fuad Stephen. Beliau […]

Laporan nahas ‘Double Six’ belum lengkap – keluarga Tun Fuad Stephen

KOTA KINABALU: Keluarga Allahyarham Tun Fuad Stephen berkata, laporan penuh nahas pesawat Sabah Air dalam tragedi ‘Double Six’ 1976, yang didedahkan kepada umum sejak semalam belum lengkap selagi kerajaan Australia tidak melakukan perkara sama. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan keluarga Allahyarham Tun Fuad Stephen, hari ini, mereka menyifatkan laporan mengenai nahas berkenaan yang dikeluarkan Kementerian […]

Datang ke Sabah, beri penjelasan berhubung laporan tragedi ‘Double Six’ – Warisan

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman berkata, kerajaan persekutuan menerusi agensi berkaitan perlu datang ke Sabah untuk memberi penerangan kepada rakyat negeri ini, khususnya keluarga mangsa nahas pesawat dalam tragedi ‘Double Six’ berhubung laporan penuh siasatan nahas itu. Katanya, perkara itu perlu memandangkan laporan mengenai nahas yang mengorbankan 11 orang termasuk Ketua Menteri, […]

Laporan nahas ‘Double Six’ lebih banyak persoalan dari jawapan – Donald

KOTA KINABALU: Anak mendiang Datuk Peter Mojuntin iaitu Datuk Donald Peter Mojuntin berkata, laporan akhir nahas pesawat GAF – Nomad atau lebih dikenali tragedi ‘Double Six’ lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding jawapan. Donald yang bapanya antara terkorban dalam nahas berkenaan bersama ketua menteri pada waktu itu Tun Fuad Stephens, berkata, pelbagai persoalan muncul selepas beliau […]

Tiada unsur sabotaj didapati dalam nahas ‘Double Six’

KOTA KINABALU: Laporan akhir siasatan nahas ‘Double Six’ pada 1976 yang mengorbankan 11 orang, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Allahyarham Tun Fuad Stephens menyatakan tiada unsur sabotaj didapati dalam kes terbabit. Menurut laporan itu, pesawat berkenaan diselenggara mengikut jadual dan muatannya juga mengikut had berat yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, laporan itu mendedahkan, kedudukan pusat […]

Australia juga perlu dedah laporan penuh nahas ‘Double Six’ – Yong

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee menyeru kerajaan supaya secara rasmi meminta kerajaan Australia untuk mengeluarkan laporan penuh mereka mengenai nahas pesawat ‘Double Six’. Ini kerana, katanya, alasan yang digunakan oleh Arkib Negara Australia dalam menahan penerbitan laporan penuh adalah bahawa “Pelepasan maklumat dijangka boleh mengakibatkan kerosakan hubungan antarabangsa Komanwel” (Australia). […]

Dedah laporan penuh nahas ‘Double Six’ langkah tepat – Warisan

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman berkata, keputusan kerajaan persekutuan untuk mendedahkan laporan penuh tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan nyawa lima Menteri Kabinet Sabah 47 tahun lalu merupakan satu langkah tepat. Katanya, perkara berkenaan adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan ramai rakyat Sabah selepas menunggu sekian lama laporan mengenai nahas udara itu. “Ini sekali […]

Keputusan dedah laporan nahas ‘Double Six’ satu kelegaan untuk Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan, keputusan kabinet persekutuan untuk mendedahkan laporan siasatan akhir nahas ‘Double Six’ sebagai satu kelegaan. “Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu (6 Jun 1976). Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada […]

Laporan akhir siasatan nahas ‘Double Six’ didedah kepada umum seminggu lagi – PM

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mendedahkan laporan siasatan persekutuan kepada umum mengenai nahas pesawat 1976 yang mengorbankan 11 orang, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Allahyarham Tun Fuad Stephens. Katanya, kerajaan memahami keresahan ahli keluarga mangsa terbabit dan tuntutan rakyat Sabah selama 47 tahun yang mahu mengetahui tragedi mengakibatkan […]