Search

PRU Sabah: Johainizamshah terima sokongan padu masyarakat Bugis di Lamag

KINABATANGAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Johainizamshah Johari menerima sokongan kuat masyarakat Bugis pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17. Perkembangan itu berdasarkan sambutan menggalakkan daripada masyarakat berkenaan di sekitar daerah ini, khususnya di DUN Lamag yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Johainizamshah. Mengulas […]

PRU Sabah: Dr Yusof akur Yamani dicalonkan di Sindumin

SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon di kerusi DUN Sindumin pada PRU Sabah Ke-17. Pendirian itu sebelum ini dijelaskan Ketuanya, Datuk Dr Yusof Yacob selaku penyandang kerusi DUN Sindumin. Kerusi itu diberikan kepada PKR yang kemudiannya mencalonkan bekas […]

PRN17: Ini kita punya ‘last battle’ – Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) sebagai ‘las battle’ untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kerajaan negeri. Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu dijelaskan kepada pemimpin dan ahli UMNO di negeri ini agar BN kembali memainkan peranan penting dalam mentadbir negeri. Jelasnya, UMNO BN tidak sama seperti […]

Inkues kematian Zara: Bapa arwah dalam kebimbangan

KOTA KINABALU: Bapa arwah Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, berada dalam kebimbangan apabila hanya mendapat maklumat melalui media sosial mengenai perkembangan kes kematian anaknya. Mendedahkan perkara itu, peguamnya, Sherzali Asli, berkata ayah kandung arwah Zara itu juga mempunyai hak ke atas anaknya dan atas sebab itu, beliau turut memohon untuk menjadi pihak berkepentingan […]

KTI menang anugerah berprestij kebangsaan ‘The Starter Home’ di Star Property Awards 2025

KOTA KINABALU: KTI Group dengan bangganya mengumumkan bahawa Kayana Heights, pembangunan “placemaking” pertama Sabah yang terletak di Ayuria Place, Alamesra, telah memenangi Anugerah The Starter Home di majlis anugerah berprestij Star Property Awards 2025. Anugerah tersebut telah disampaikan dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya dan diterima oleh Pengarah Urusan […]

Kesan gempa bumi di Mindanao, kakitangan Wisma Persekutuan Tawau diarah keluar bangunan

TAWAU: Semua kakitangan Wisma Persekutuan Tawau, di sini, diarah keluar dari bangunan itu selepas berlaku gegaran susulan gempa bumi di Mindanao, Filipina, pagi tadi. Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Suheizan Sahak ketika ditemui berkata, bilik kawalan menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi. Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba bersama […]

LRA Limbahau ditutup lagi

KOTA KINABALU: Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau berkapasiti 10 juta liter sehari (MLD) di Papar ditutup semula sejak Aidilfitri kedua pada Khamis lalu selepas air mentah di muka sauknya kembali mencatat tahap kemasinan yang tinggi. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata penutupan itu terpaksa dilakukan walaupun baru beberapa […]

Lelaki maut kereta terbabas masuk anak sungai

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam anak sungai berhampiran Jalan Apin-Apin, malam tadi. Mangsa Jupilin Anggor, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudi Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam […]

Enam termasuk empat kanak-kanak cedera kemalangan lima kenderaan

KINABATANGAN: Enam termasuk empat kanak-kanak cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kampung Paris 1, di sini, hari ini. Kemalangan itu membabitkan bas ekspres, Proton Iswara Aeroback dan tiga lori jenis tiga dan 10 tan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu […]

Penunggang motosikal cedera langgar treler parkir di bahu jalan

PENAMPANG: Penunggang motosikal cedera selepas melanggar treler yang parkir di bahu jalan di Jalan Kivatu, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun cedera di kepala dan kaki. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari […]