Polis kesan 5 saksi perbicaraan di mahkamah

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan lima individu yang menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Kelima-lima saksi iaitu Arfiansha Syamsul dikesan berada di alamat terakhir di Jade Garden, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan; Disyam Wadisumayu Zainal, No 110 Felda Umas 4, Blok 3, Wtd 43,91009, Tawau; Syaiful Saripuddin, Kampung […]
Abang disyaki pukul adik hingga mati

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dipukul oleh abang kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Signal Hill, di sini, pada 4 Mei lalu. Mangsa berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka yang teruk dan berdarah di muka oleh ayahnya jam 4.30 petang. Mangsa kemudian dihantar ke […]
Bomba selamatkan lelaki jatuh dari tebing

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terpaksa diangkat naik dengan bantuan anggota bomba selepas terjatuh dari tebing ketika menggunakan titian ke botnya di Todak Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, tengah malam tadi. Mangsa berusia lingkungan 30 tahun yang cedera di kepala dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan […]
Remaja lelaki maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypss, berhampiran Suria Inanam, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohammad Rham Mohammad Nasir, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua […]
Jangan mudah terperdaya taktik penjenayah siber: KPN

KOTA KINABALU: “Jangan mudah terperdaya dengan kelicikan penjenayah siber”. Itulah peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada masyarakat supaya meningkatkan tahap pengetahuan berkenaan teknologi internet pada masa kini. Katanya, umum mengetahui teknologi internet semakin hari semakin bertambah maju serta canggih lebih-lebih lagi selepas pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara secara berfasa. […]
3 remaja perempuan dirogol selepas rasa vape perisa baru

KOTA KINABALU: Umpan vape perisa baru sebelum merogol tiga remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah masing-masing berusia 13 tahun. Itulah taktik jahat empat lelaki yang ditahan polis selepas merogol ketiga-tiga mangsa di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, di sini, 26 April lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, […]
Dua maut, satu parah dalam kemalangan dua kenderaan

KOTA KINABALU: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan UMS, dekat University Apartment (UA1), di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa Herman Abdullah, 20, yang memandu Proton Wira Aeroback bersama penumpang wanita yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu Proton Saga, lelaki […]
IPD KK hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Likas

KOTA KINABALU: Bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Jalan Saga Likas, di sini, semalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran. Sumbangan berupa barang keperluan asas termasuk lampin pakai buang, wang tunai dan pakaian diserahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah kepada keluarga mangsa […]
Penguat kuasa KPDN di lokasi tumpuan sepanjang Aidilfitri

KOTA KINABALU: Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah akan ditempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan Hari Raya Puasa 2023. Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya […]
Polis tahan 4 suspek curi kabel telekomunikasi bernilai RM51,500

KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Filipina kerana disyaki terbabit kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di bandar raya ini membabitkan kerugian RM51,500. Keempat-empat suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi beberapa siri serbuan, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten, Asisten […]