Search

Semangat juang tinggi kunci kemenangan Sabah FC – Kim Swee

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, semangat juang tinggi dan tidak mudah mengalah ditunjukkan anak buahnya membolehkan mereka mengekalkan kemenangan di Stadium Likas dengan keputusan 2-1 ketika menentang Selangor FC, malam tadi. Beliau akui, para pemain berdepan saingan sengit menentang Selangor selaku pasukan yang berada di tangga kedua carta Liga […]

Sabah FC menang lagi di Likas

KOTA KINABALU: Sabah FC sekali lagi membuktikan betapa Stadium Likas merupakan kubu kuat mereka selepas berjaya menundukkan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super, malam ini. Saddil Ramdani membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-64, hasil sepakan penalti selepas sebelum itu Baddrol Bakhtiar dijatuhkan di dalam kotak penalti. Bagaimanapun pada minit ke-51, […]

Sabah FC tekad kekal Stadium Likas kubu kuatnya

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yakin, anak buahnya mampu mengekalkan Stadium Likas sebagai kubu kuat mereka apabila melayan kunjungan Selangor FC, di sini, malam nanti. Katanya, beliau yakin anak buahnya mampu memberi kemenangan kepada pasukan bagi memastikan Sabah terus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super. Beliau berkata, prestasi Selangor yang dilihat […]

Sabah FC tidak mahu sekadar ‘jaguh kampung’

KOTA KINABALU: Selain bertekad mahu mengekalkan rekod bersih di Stadium Likas, Sabah FC  juga mahu memperbaiki prestasi mereka di gelanggang lawan, kata pengendalinya Datuk Ong Kim Swee. Katanya, walaupun baru dua kali kalah selain seri sekali di tempat lawan, ia memberi pengajaran kepada pasukannya untuk lebih berhati-hati selepas ini. Beliau berkata, selepas kekalahan di tangan […]

Sabah FC kenduri gol di Likas

KOTA KINABALU: Sabah FC sekali lagi membuktikan betapa Stadium Likas merupakan kubu kuat mereka apabila pasukan itu membelasah Kelantan FC 6 – 1 dalam saingan Liga Super, malam ini. Pasukan tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk menggegarkan jaring lawan apabila memperolehi dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Daniel Ting yang menghasilkan jaringan pada […]

Peluang banyak tapi penyudah tumpul – Kim Swee

KOTA KINABALU: Penyudah tumpul sekali lagi menjadi faktor Sabah FC gagal mengutip tiga mata dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Perkara itu diakui pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang berpendapat keadaan mungkin berbeza sekiranya deretan peluang dimiliki diterjemahkan kepada jaringan. Bekas ketua […]

Penyudah tumpul punca Sabah FC ‘putih mata’ – OKS

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, penyudah yang tumpul menjadi faktor pasukannya kecundang 0-2 kepada KL City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, semalam. Katanya, walaupun Sabah FC mengawal permainan dengan baik terutama di separuh masa kedua, namun, kegagalan bahagian serangan untuk menghasilkan gol mengakibatkan mereka […]

Sabah mungkin kehilangan empat tonggak hadapi JDT

KOTA KINABALU: Sabah FC kemungkinan bakal kehilangan empat tonggak utamanya apabila mereka berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super, Jumaat ini. Empat pemain berkenaan ialah Telmo Castanheira, Saddil Ramdani, Jailton Da Silva dan Gary Steven Robbat Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, […]

Aksi lebih bertenaga faktor kemenangan bergaya Sabah FC – Bozik

KOTA KINABALU: Persembahan lebih bertenaga dan agresif pada separuh masa kedua disifatkan menjadi faktor kemenangan besar 5-2 Sabah FC ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super, di Stadium Likas, di sini, malam tadi. Penolong Ketua Jurulatih Sabah FC, Rastislav Bozik, mengakui corak permainan yang lebih banyak bergerak dengan banyak peluang dicipta membolehkan persembahan pasukannya […]

Sabah FC ‘mengamuk’ di Likas, belasah Penang FC

KOTA KINABALU: Sabah FC membuktikan betapa Stadium Likas, di sini, merupakan kubu kuat mereka apabila membelasah Penang FC 5-2 dalam aksi Liga Super, malam ini. Perlawanan yang disaksikan lebih 11,000 penyokong itu juga menyaksikan sebanyak empat sepakan penalti dihadiahkan pengadil, Zulkarnain Zakaria, masing-masing tiga kepada Sabah dan satu kepada Pulau Pinang. Sabah berjaya merembatkan dua […]