Lelaki maut tersepit mesin pengisar sawit

BELURAN: Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai tersepit dalam mesin pengisar ‘conveyer’ sawit di sebuah kilang minyak kelapa sawit, di sini, awal pagi tadi. Mangsa, Bloren Juplish, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada […]
Tiga kes strok haba di Sabah setakat ini

KOTA KINABALU: Sebanyak tiga kes strok haba akibat cuaca panas dilaporkan berlaku di Sabah sepanjang tempoh 15 April hingga 12 Mei. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ketiga-tiga kes itu membabitkan dua pepajar sekolah dan seorang wanita dewasa. Katanya, ketiga-tiga pesakit berkenaan telah selesai menerima rawatan dan telah sembuh sepenuhnya. “Kes pertama […]
Bersubahat lepaskan PTI: 2 pegawai imigresen mengaku tidak bersalah

TAWAU: Dua pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini atas pertuduhan rasuah dan bersubahat kerana melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan MyKad individu lain bagi memudahkan perjalanan keluar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, pada dua bulan lalu. Kedua-dua tertuduh Rosmaini Sapar, 40, dan Elmin Salleh, 30, […]
Hajiji kembali bertugas, terima kunjungan PJP Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu Datuk Jauteh Dikun. Pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini, itu merupakan tugas pertama Hajiji selepas menjalani pembedahan batu karang baru-baru ini. Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 […]
Pembantu jurulatih selam cium pelancong ditahan

SEMPORNA: Seorang pelancong wanita warga China mendakwa dicabul ketika melakukan aktiviti selaman di perairan sebuah pulau peranginan, di sini, Jumaat lalu. Mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam ketika membantunya melakukan aktiviti selaman. Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu […]
Ketua JSJN Kontinjen Sabah meninggal dunia

KOTA KINABALU: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Asisten Komisioner Polis, Lam Thiam Huat meninggal dunia akibat penyakit kanser usus/perut, tengah malam tadi. Mendiang Thiam Huat, 59, meninggal dunia di Hospital Likas, di sini, jam 12.49 tengah malam. Jenazah mendiang akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu […]
BN, Warisan, PKDM bergabung hadapi PRN?

KOTA KINABALU: Kehadiran pemimpin-pemimpin dari Warisan dan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) ke rumah terbuka Aidilfitri Umno Sabah menguatkan lagi spekulasi tiga parti itu akan bekerjasama pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Presiden PKDM, Datuk Wetrom Bahanda antara yang hadir pada majlis itu, selain pemimpin-pemimpin dan ahli kedua-dua parti […]
Jauteh kini Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Shahurinain

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun, 57, secara rasminya dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah, hari ini. Pelantikan itu dibuat dalam satu Majlis Pemakaian Pangkat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, di Auditorium, IPK Sabah, di sini, hari ini. Jauteh sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah menggantikan […]
Empat termasuk kanak-kanak sesat ditemui selamat

KUALA PENYU: Empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan sesat ketika mencari lokasi tanah untuk dijual di kawasan hutan Kampung Berangkok, di sini, ditemui selamat, hari ini. Mereka Masli Hi Baring, 66, Mohd Shafuan Sungsi, 27, Mohd Aziziul Sungsi, 26 dan Mind Aqel Abdullah berusia lingkungan 10 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala […]
Bayi perempuan baru lahir ditemui di belakang kenderaan

KENINGAU: Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru dilahirkan, ditemui di belakang kenderaan pacuan empat roda di Kampung Susulat, Sook, di sini, Selasa lalu. Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam di dalam plastik merah, pada 12.30 tengah hari. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan […]