SERBUK PENAIK TIRUAN DIRAMPAS

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita sebanyak 38,188 unit serbuk penaik disyaki tiruan di dua premis perniagaan makanan kering di Tawau, hari ini. Dalam operasi berkenaan, semua serbuk jenama ‘Royal Baking Powder’ itu dianggarkan bernilai keseluruhan RM139,218. Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan dijalankan oleh dua pasukan pegawai […]
TIGA DITAHAN KEMUKA INVOIS PALSU RM800,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana dipercayai mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada 2019. Sumber berkata, tiga lelaki yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an terbabit ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, dekat sini. Katanya, mereka dipercayai mengemukakan invois […]
PROFESOR DISYAKI KEMUKA TUNTUTAN PALSU RM66,000 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang pensyarah berstatus profesor di sebuah universiti di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000. Sumber berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10 pagi, hari ini. Katanya, suspek terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada 2014 […]
PEMIMPIN SABAH PERLU BERSATU TANGANI TUNTUTAN KESULTANAN SULU

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan menggesa semua wakil rakyat di negeri ini bersatu hati dalam usaha mengekalkan kedaulatan Sabah khususnya berkaitan isu tuntutan Sulu. “Semua wakil rakyat kita sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri perlu mempunyai kebersamaan sehingga isu tuntutan Sulu ini menemui titik penghujungnya. “Perkara ini […]
KEHILANGAN JUDE ANGEL TERUS MISTERI, NETIZEN TIDAK PUTUS BERDOA UNTUKNYA

KOTA KINABALU: Kehilangan adik Jude Angel Jeremy yang berusia 18 bulan di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di Beaufort, sejak Sabtu lalu, terus menjadi misteri apabila masih gagal ditemui hingga kini. Operari pencarian yang masuk hari kelima, hari ini, juga masih belum menemui kelibat Jude Angel dengan operasi ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi. Jurucakap […]
CALON AHLI LHDN SABAH, SARAWAK DALAM PROSES PELANTIKAN
KOTA KINABALU: Senarai calon berpotensi dari Sabah dan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan (MoF). Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum berkata, pperkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) […]
ENAM PELAJAR DISYAKI BELASAH SEORANG PELAJAR LAIN DITAHAN
KOTA KINABALU: Enam pelajar sebuah sekolah menengah di Inanam, dekat sini, ditahan selepas dipercayai terbabit memukul seorang pelajar lain, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata, kesemua suspek yang berusia antara 13 hingga 16 tahun terbabit ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis, semalam. Katanya, seorang lagi perempuan berusia 17 tahun […]
USIA AKAN LEBIH MESRA MEDIA SOSIAL DALAM PROGRAM DAKWAH, KATA SAPAWI
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad berkata, pertubuhan berkenaan akan menjadikan media sosial sebagai salah satu medan untuk program dakwah mereka. Katanya, dengan penggunaan media sosial yang sangat meluas ketika ini, ia mampu menjadi satu platform strategik bagi USIA menjalankan dakwah mereka. “Langkah pertama yang kita akan lakukan adalah […]
ENAM MOTOSIKAL TIGA RODA MUSNAH KEBAKARAN DI TAMBUNAN
TAMBUNAN: Sebanyak enam motosikal tiga roda musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah garaj di Tambunan Golf and Country Club, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, semua motosikal berkenaan musnah sepenuhnya selepas api dilaporkan merebak terlalu pantas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima […]
KASTAM SABAH RAMPAS DADAH BERNILAI RM2.547 JUTA
TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas tiga jenis dadah bernilai keseluruhan RM2.547 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, tiga dadah yang berjaya dirampas adalah membabitkan jenis methapetamine, ketamin dan serbuk ketum dengan berat keseluruhan 617.82 kilogram. Katanya, kejayaan rampasan itu adalah hasil usaha berterusan […]