Calvin selar kenyataan Hajiji

SANDAKAN: Parti Warisan menyelar kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mengatakan parti itu menjaja penipuan untuk merendahkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ketua Bahagian Warisan Sandakan, Calvin Chong Ket Kiun, menyifatkan kenyataan itu seperti melihat Hajiji menembak kakinya sendiri. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, berkata ia kerana Warisan hanya […]
BN, Warisan, PKDM bergabung hadapi PRN?

KOTA KINABALU: Kehadiran pemimpin-pemimpin dari Warisan dan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) ke rumah terbuka Aidilfitri Umno Sabah menguatkan lagi spekulasi tiga parti itu akan bekerjasama pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Presiden PKDM, Datuk Wetrom Bahanda antara yang hadir pada majlis itu, selain pemimpin-pemimpin dan ahli kedua-dua parti […]
Umno Sabah lawan GRS PRN nanti?

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin membayangkan parti itu akan menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi. Katanya, Umno Sabah kini bertekad bukan saja untuk kembali mentadbir negeri ini malah mahu menjadi parti teras dalam pembentukan kerajaan nanti. Beliau berkata, […]
Dedah laporan penuh nahas ‘Double Six’ langkah tepat – Warisan

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman berkata, keputusan kerajaan persekutuan untuk mendedahkan laporan penuh tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan nyawa lima Menteri Kabinet Sabah 47 tahun lalu merupakan satu langkah tepat. Katanya, perkara berkenaan adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan ramai rakyat Sabah selepas menunggu sekian lama laporan mengenai nahas udara itu. “Ini sekali […]
Jangan keluar kenyataan bercanggah, kelirukan rakyat – Warisan beritahu Hajiji

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Justin Wong meminta Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan kepada rakyat. Katanya, kenyataan Hajiji mengatakan Sabah menerima RM33 bilion pelaburan masuk sepanjang 2022 adalah bercanggah dengan jawapan diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Aziz di […]
Sokongan terhadap Warisan semakin suram – Nizam

TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sokongan rakyat parti Warisan semakin suram sejak akhir-akhir ini. Katanya, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal ketika ini juga sudah tidak mendapat kepercayaan dan ditolak oleh rakyat. “Sokongan ahli dan pemimpin Warisan sendiri juga semakin pudar menyebabkan ramai yang bertindak […]
Warisan tidak akan tanding PRN sendirian – Shafie

PUTATAN: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, parti itu tidak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang secara bersendirian. Katanya, Warisan kini sedang menilai parti yang sesuai untuk mereka bekerjasama dengan Umno Sabah antara yang disebut beliau. Beliau berkata, Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu […]
Azis Jamman cuba jadi ‘Nujum Pak Belalang’? – Nizam

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan Datuk Azis Jamman seperti mahu menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ apabila mendakwa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menjadi parti pertama meninggalkan Perdana Menteri sekiranya berlaku pergolakan politik. Katanya, dakwaan berkenaan tidak wajar dilakukan ketua penerangan Warisan itu kerana ianya satu […]
1,500 pemimpin, ahli Warisan di Tawau keluar parti

TAWAU: Seramai kira-kira 1,500 pemimpin dan ahli Warisan daripada 30 cawangan di sini mengumumkan keluar dari parti itu dan menyokong kepimpinan kerajaan negeri berkuatkuasa, hari ini. Mantan Timbalan Ketua Wira Pusat merangkap Ketua Wira Tawau, Ismail Sabran berkata, tindakan itu adalah atas kerelaan hati mereka dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Katanya, mereka mahukan sebuah […]
Seorang lagi ADUN Warisan keluar parti, sertai Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU: Warisan kehilangan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas George Hiew Vun Zin mengumumkan keluar dari parti itu untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Menerusi satu kenyataan hari ini, George yang juga ADUN Kamunting berkata, beliau membuat keputusan itu kerana rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil. […]