2,181 mangsa banjir dipindah ke PPS di Pitas dan Kota Marudu

KOTA KINABALU: Seramai 2,181 mangsa banjir dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas, setakat malam ini. Ia berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Seretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang mengumpul data mangsa banjir di PPS kedua-dua daerah. Daripada jumlah itu, seramai 1,401 mangsa direkodkan di tiga PPS […]
Banjir: Agensi keselamatan, jabatan berkaitan digerak bantu mangsa banjir – KM

KOTA KINABALU: Semua agensi keselamatan dan jabatan berkaitan sudah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan dan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di utara Sabah dan Sandakan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri juga memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan disampaikan dengan cepat dan berkesan. Beliau turut meluahkan rasa simpati atas musibah […]
Lebih 40 kampung putus karan akibat banjir, tiang tumbang di Pitas, Kota Marudu

KOTA MARUDU: Hujan berterusan yang menyebabkan banjir di daerah ini turut menjejaskan bekalan elektrik apabila ada tiang talian voltan tinggi rebah ditimpa pokok tumbang disebabkan tanah runtuh pada Jumaat. Berdasarkan info dikongsikan Facebook Sabah Electricity Careline, sebanyak 13 kampung terputus bekalan elektrik akibat kejadian itu setakat ini. Kampung terbabit ialah Tondig, Togudon, Tinogu, Lugu Telugung, […]
Ugutan suara WhatsApp, buruh warga asing ditahan

TAWAU: Tindakan seorang lelaki menghantar pesanan suara berbaur ugutan dan ancaman melalui aplikasi WhatsApp membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di Hospital Tawau sebelum menerima mesej suara daripada lelaki dikenali yang menuntut sejumlah wang. Suspek dikatakan bertindak mengugut kerana mangsa enggan memenuhi permintaannya. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]
Berang isu jaga anak, suami ditahan pukul isteri

TAWAU: Perselisihan faham berhubung urusan menjaga anak dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak memukul isterinya dalam kejadian di Kampung Titingan, di sini. Mangsa yang cedera kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis sebelum tindakan lanjut diambil pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pasangan suami […]
Lapan termasuk warga emas terperangkap banjir, diselamatkan bomba

SANDAKAN: Lapan individu termasuk kanak-kanak dan seorang warga emas dipindahkan anggota bomba selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Batu 12, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku kenaikan paras air di Lot 56, Peringkat 1, Batu 12. Ketua Balai BBP Sandakan, […]
Banjir: 336 mangsa dipindah di Kota Marudu, Pitas setakat tengah hari

KOTA KINABALU: Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kota Marudu dan Pitas, setakat tengah hari ini. Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, mangsa paling ramai dipindahkan setakat ini ialah di Kota Marudu membabitkan seramai 274 mangsa daripada 83 keluarga. Kesemua mangsa dari lima […]
Beberapa laluan di Kota Marudu dan Pitas terputus akibat banjir

KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama di daerah Pitas dan Kota Marudu dilaporkan tidak dapat dilalui sebarang jenis kenderaan akibat banjir sejak pagi tadi. Berdasarkan Info Semasa Laporan Bencana dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Facebook jabatan itu, tiga laluan terputus setakat ini ialah di Jalan Pinapak dan Kabatasan Dandun di Pitas, manakala Jalan Access Road […]
YPNM Sabah bimbang wujud kartel manipulasi bekalan dan naikkan harga

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan wujud tindakan bersepakat atau kartel dalam kalangan peniaga untuk memanipulasi bekalan dan menaikkan harga barangan sepanjang Ramadan ini. Pengerusinya, David Chan, berkata kebimbangan itu khususnya terhadap bekalan makanan asas, khususnya makanan sejuk beku import dan tempatan. Katanya, jika amalan tidak beretika itu […]
Banjir di utara Sabah, Sandakan

KOTA KINABALU: Tiga daerah di utara Sabah, manakala sebuah daerah di pantai timur dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. Daerah Pitas, Kota Marudu dan Paitan diisytihar dilanda bencana banjir berkuatkuasa jam 6 pagi tadi, manakala di Sandakan banjir dan pokok tumbang dilapor di beberapa kawasan sekitar daerah itu. Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam […]