Dua wanita warga asing ditahan kes ugutan jiran

TAWAU: Dua wanita warga asing ditahan polis, hari ini selepas dipercayai mengugut seorang wanita tempatan dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Kampung Kurnia, Batu 4 Jalan Apas, Disember lalu. Kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan antara jiran sebelum kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap mangsa […]
Suspek acu garpu, baling kerusi ditahan polis

TAWAU: Tindakan seorang lelaki mengacukan garpu dan membaling kerusi dalam satu pergaduhan di perkarangan Restoran Madeena, Kubota Sentral, awal pagi tadi, membawa padah apabila dia diberkas polis beberapa jam kemudian. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai memukul dan menumbuk mangsa berusia 28 tahun sebelum bertindak lebih agresif […]
Banjir: Buaya, ular masuk kampung ancam keselamatan penduduk

PITAS: Selain kerugian harta benda, mangsa banjir di daerah ini kini berdepan satu lagi ancaman menakutkan apabila haiwan liar seperti buaya dan ular dilaporkan masuk ke kawasan perumahan susulan limpahan air sungai. Hujan lebat berterusan lebih 24 jam menyebabkan beberapa kampung ditenggelami air, memaksa penduduk menyelamatkan diri dan barangan penting dalam keadaan kelam-kabut. Tinjauan di […]
Tengah khayal ‘jus’, 9 dicekup dalam serbuan pusat hiburan

KOTA KINABALU: Ketika sebahagian pengunjung sedang leka berhibur dan dipercayai khayal selepas menikmati minuman ‘jus’ disyaki mengandungi dadah, mereka dikejutkan dengan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, awal pagi tadi. Dalam operasi jam 2.15 pagi itu, pasukan JSJN menyerbu sebuah pusat hiburan di Bandar Indah, Batu 4, Sandakan sebelum […]
14 rumah terbakar di Melangkap Kapa

KOTA BELUD: Sebanyak 14 rumah jenis separuh kekal terbakar dalam kejadian di Kampung Melangkap Kapa, di sini, pagi tadi. Daripada jumlah itu, sepuluh musnah sepenuhnya manakala empat lagi rosak kira-kira 10 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.57 […]
Sabah Net diarah pulihkan liputan internet di kampung terjejas banjir

PAITAN: Sabah Net Sdn Bhd (Sabah Net) memasang segera kemudahan internet menggunakan satelit Starlink di kampung yang terputus jaringan komunikasi akibat banjir di daerah ini. Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib, berkata kemudahan itu penting bagi memastikan penduduk dapat berhubung dengan pihak berkuasa serta ahli keluarga, selain mempercepatkan penyelarasan bantuan. “Tindakan […]
Bomba selamatkan penduduk terperangkap banjir di Pitas

PITAS: Dua lori 10 tan terpaksa digunakan bagi meredah laluan banjir untuk membawa keluar 67 penduduk Kampung Sibaung, di sini yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air, awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 pagi sebelum lapan anggota bersama dua lori […]
Bantuan mangsa banjir di Paitan disalur segera – James Ratib

KOTA KINABALU: Bantuan segera disalurkan kepada mangsa banjir di Paitan susulan banjir besar yang melanda daerah itu pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib, berkata bantuan makanan disalurkan serta-merta sejak semalam. “Persiapan pemunggahan bantuan makanan untuk mangsa banjir di Paitan telah bermula serta-merta sejurus banjir besar melanda daerah ini hari ini […]
Mangsa banjir terus meningkat, 3,685 orang dipindah di Kota Marudu, Pitas, Paitan

KOTA KINABALU: Mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu, Pitas dan Paitan terus meningkat dengan seramai 3,685 orang berada di PPS setakat jam 8 pagi Sabtu. Subuh tadi, seramai 2,479 orang dilaporkan berada di PPS di ketiga-tiga daerah di utara Sabah itu. Ia membabitkan peningkatan jumlah keluarga kepada 1,593 di 18 […]
2,479 mangsa banjir dipindah di Pitas, Kota Marudu, Paitan

KOTA KINABALU: Mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di utara Sabah meningkat kepada 2,479 orang setakat awal pagi Sabtu. Jumlah itu membabitkan 1,185 keluarga di 15 PPS yang dibuka di Kota Marudu, Pitas dan Paitan selepas bencana banjir diisytihar di ketiga-tiga daerah, semalam. Berdasarkan Perkembangan Harian Bencana yang dikeluarkan Pusat […]