Search

Warga emas ditemukan lemas, selepas hanyut

BELURAN: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan selepas empat hari dilaporkan hilang di sungai dalam kejadian di Kampung Lubang Buaya, Paitan, dekat sini, hari ini. Mangsa, Abdul Kadir Sahman, 64, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 10.30 pagi pada jarak dua kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, […]

Ayob Khan menceritakan operasi senyap membebaskan mangsa culik Abu Sayyaf

KOTA KINABALU: Episod hitam penculikan seorang peraih ikan dari Semporna, Pang Choon Pong oleh kumpulan militan Abu Sayyaf Group (ASG) akhirnya terungkai menerusi satu operasi khas yang dilaksanakan secara sulit dan berisiko tinggi. Perkongsian mengenai operasi berkenaan dimuat naik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi Facebook rasminya hari ini, bersempena […]

65 calon STPM terperangkap banjir, operasi khas digerakkan di Pitas

PITAS: Seramai 65 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang terperangkap banjir di beberapa kampung sekitar daerah ini sedang dipindahkan menerusi operasi khas bagi memastikan mereka dapat menghadiri sesi peperiksaan. Operasi diselaraskan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Pitas itu membabitkan pelajar dari dua sekolah iaitu SMK Pitas dan SMK Pitas 2 yang terjejas akibat laluan […]

OKU sesak nafas diselamatkan bomba dalam banjir

PITAS: Seorang mangsa kurang upaya (OKU) terpaksa dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan rawatan selepas terperangkap akibat banjir di Kampung Kusilad, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 64 tahun itu dilaporkan mengalami sesak nafas dan perlu segera mendapatkan rawatan di Hospital Pitas. Bagaimanapun, keadaan jalan […]

Mangsa banjir di PPS turun, semua PPS di Kota Marudu ditutup

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di utara Sabah yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 3,266 orang berikutan penutupan sepenuhnya empat PPS di Kota Marudu pada Ahad. PPS yang masih dibuka setakat jam 4 petang Ahad ialah di Pitas dengan seramai 2,171 mangsa daripada 1,078 keluarga masih berlindung di 10 PPS dan di […]

APM Paitan bantu calon STPM terjejas banjir kembali ke sekolah

PAITAN: Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Paitan membantu membawa keluar sembilan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari kawasan terjejas banjir, di sini, untuk kembali ke sekolah mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, Kota Marudu, pada Ahad. Kesemua pelajar terbabit bakal menduduki peperiksaan STPM pada Isnin dan perlu kembali ke sekolah pada Ahad bagi […]

Wanita GRS beri sumbangan bakul makanan kepada asnaf

KOTA KINABALU: Sempena keberkatan bulan Ramadan, Pergerakan Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 asnaf dalam satu program kebajikan, di sini baru-baru ini. Sumbangan itu disampaikan Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, yang menzahirkan komitmen berterusan pergerakan itu dalam membantu golongan memerlukan, khususnya ketika umat Islam menjalani ibadah puasa. […]

Kerjasama kerajaan, FCAS kukuhkan kesejahteraan negeri – KM

KOTA KINABALU: Semangat kerjasama yang kukuh di antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat seperti Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) mampu membantu memelihara kesejahteraan negeri Sabah. Menyuarakan keyakinan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau percaya melalui semangat kerjasama, ia dapat memperkukuh kestabilan sosial dan memajukan ekonomi rakyat. “Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri di […]

5,141 mangsa banjir di empat daerah

KOTA KINABALU: Seramai 5,141 mangsa banjir kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah berikutan pengisytiharan Tawau sebagai kawasan bencana banjir terbaharu, malam tadi. Tawau mencatat 245 mangsa daripada 55 keluarga berikutan banjir di daerah itu dengan sebuah PPS iaitu di Dewan Kompleks Sukan Tawau dibuka setakat ini. Secara keseluruhan, daerah Pitas kekal […]

Banjir kilat jejas beberapa kawasan di Tawau

TAWAU: Hujan sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat. Antara lokasi terjejas ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kampung Baru (SG Futsal), Kampung Rawa-Rawa, Kampung Ranggu, Taman Fujimart, Taman Setia, Jalan Shin Onn dan Jalan Takada. Turut dilaporkan kejadian hakisan tanah di simpang masuk Batu 9, Stone Quarry yang menimbulkan risiko […]