Search

Tolak dengan tegas tindakan Filipina bangkitkan semula tuntutan ke atas Sabah

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memandang serius kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) yang membangkitkan semula tuntutan terhadap Sabah susulan perbincangan mengenai peta pentadbiran 2012 negara itu. Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim, berkata sebarang tuntutan oleh Filipina yang tidak mempunyai asas perundangan mahupun legitimasi sejarah perlu ditolak […]

Individu menyamar pegawai APM tipu tempahan baju korporat

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap aktiviti penipuan melibatkan penyamaran individu sebagai pegawai agensi berkenaan khususnya berkaitan penempahan dan pembelian baju korporat. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi berkenaan, APM Sabah menerima beberapa aduan berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai jabatan berkenaan. […]

Lelaki ditahan disyaki jual, simpan air ketum di Kundasang

RANAU: Seorang lelaki tempatan diberkas selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan dan penyimpanan air ketum dalam serbuan di tepi jalan Kampung Sinisian, Kundasang, di sini, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 1.30 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan. […]

Dua lelaki dicekup jual daun, air ketum di Ranau

RANAU: Kegiatan penjualan daun dan air ketum di Kampung Bongkud, di sini, terbongkar selepas dua lelaki tempatan diberkas dalam dua serbuan berasingan, semalam. Dalam serbuan pertama kira-kira jam 2 petang, seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama satu karung guni berisi daun ketum seberat 1.4 kilogram. Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah tong gas […]

4,348 mangsa banjir masih di PPS di Pitas, Paitan, Tawau

KOTA KINABALU: Seramai 4,348 mangsa banjir masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara di dua daerah utara Sabah dan Tawau, setakat pagi Isnin. Daerah Pitas kekal seramai 2,618 mangsa daripada 1,276 keluarga, diikuti Paitan yang menunjukkan peningkatan mangsa kepada 1,485 orang daripada 443 keluarga dan Tawau kekal seramai 245 orang daripada 55 keluarga. Mereka ditempatkan di […]

Kuarters Klinik Kesihatan Tongod musnah terbakar

TONGOD: Dua unit kuarters Klinik Kesihatan Tongod musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan. Dalam kejadian itu, sebuah rumah kuarters dua pintu jenis separuh kekal berkeluasan kira-kira 223 meter persegi dilaporkan terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah jenis tidak kekal dengan keluasan sama terbakar 20 peratus. Turut […]

Semua balai bomba Sabah giat laksana rondaan susulan gempa 6.8 magnitud

KOTA KINABALU: Semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini melaksanakan rondaan serta pemantauan di kawasan jagaan masing-masing susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang menggegarkan perairan Kota Kinabalu, tengah malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan setakat ini tiada sebarang panggilan kecemasan diterima berkaitan kejadian berkenaan. […]

‘Rasa macam kena ayun’ – Gempa 6.8 magnitud gegar Pantai Barat Sabah

KOTA KINABALU: Penduduk di sekitar Pantai Barat Sabah dikejutkan dengan gegaran kuat selama kira-kira 10 saat susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berlaku di perairan Kota Kinabalu, awal pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada jam 12.57 pagi dengan koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, kira-kira 49 kilometer (km) […]

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud gegar perairan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, pada jam 12.57 tengah malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur. Menurut kenyataan itu, gegaran dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer (km) barat dari Kudat, Sabah dengan […]

Liga Super: Ondong selamatkan maruah Sabah meskipun tewas di tangan JDT

KOTA KINABALU: Penyerang baharu Sabah FC, Chris Marlon Ondong menyelamatkan maruah Sabah daripada tewas tanpa jaringan setelah dibolosi enam gol dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, malam ini. Ondong berjaya mencipta jaringan tunggal untuk tuan rumah pada minit ke-88 bagi mengubah kedudukan perlawanan kepada 6-1. Meskipun tewas di tangan […]