Empat kotak misteri di lobi kondominium rupanya syabu RM1.28 juta

PENAMPANG: Empat kotak misteri yang ditinggalkan di lobi sebuah kondominium di daerah ini membongkar kegiatan pengedaran dadah selepas polis menemui syabu seberat 25.7 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.28 juta, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 2 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melakukan pemeriksaan terhadap empat kotak mencurigakan […]
SK Bawang terjejas teruk akibat banjir

PAITAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Tangkarason, di sini, mengalami kerosakan teruk akibat banjir besar yang menenggelamkan bangunan sekolah terbabit, akhir minggu lalu. Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib yang meninjau kerosakan dialami sekolah itu pada Isnin, berkata hampir 90 peratus kemudahan dan peralatan sekolah rosak. Keadaan itu, katanya menjejaskan kelangsungan […]
‘Runner’ diberkas, 115 karton rokok tidak bercukai dirampas

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing disyaki bertindak sebagai ‘runner’ diberkas bersama 115 karton rokok pelbagai jenis yang dipercayai tidak bercukai dalam serbuan di tepi Jalan Kampung Selamat, di sini, kelmarin. Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Perisikan Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak hasil maklumat risikan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu […]
UMNO Sabah sedang dinilai, ke mana hala tuju menjelang PRU16 – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU: UMNO Sabah yang menyambut ulang tahun ke-35 pada bulan ini sedang melalui fasa penilaian semula rakyat. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, berkata ia bukan sekadar ulang tahun organisasi tetapi titik penting menentukan hala tuju menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Katanya, PRU16 akan menjadi medan ujian terhadap keupayaan parti politik menawarkan kestabilan […]
Petisyen pilihan raya DUN Bengkoka ditolak, kedudukan Harun Durabi kekal

KOTA KINABALU: Datuk Harun Durabi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka selepas Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin menolak petisyen yang difailkan atas keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bagi kerusi DUN N2 Bengkoka yang diadakan pada 29 November 2025. Petisyen itu yang difailkan bekas calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Samuil Mopun ditolak selepas […]
Hormati pengorbanan Alto Linus: Kritikan boleh, cercaan melampau tidak wajar

KOTA KINABALU: Ketika kecaman terhadap ketua pengendali Sabah FC terus bergema di media sosial, ramai seolah-olah lupa bahawa Alto Linus bukanlah individu yang membina musim ini atau musim lalu dari awal sebagai perancang utama pasukan. Hakikatnya, beliau berulang kali tampil sebagai ‘pemadam api’ iaitu mengambil alih pasukan dalam keadaan tidak stabil, bukan sekali, tetapi dua […]
PAS Sabah yakin Dr Sam mampu kukuhkan semula PN

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyatakan keyakinan terhadap kepemimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke arah mengukuhkan semula gabungan itu. Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata Menteri Besar Terengganu itu memiliki latar belakang kepemimpinan yang baik dan berpengalaman sebagai seorang teknokrat berwibawa. Katanya, latar belakang itu […]
Penjawat awam ditahan disyaki letak nama bapa mentua, adik ipar penerima Rumah Mesra SMJ

SANDAKAN: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan dua ahli keluarganya sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) walaupun tidak layak. Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan. Menurut sumber, siasatan awal […]
Ops Gempur Khas JSJN Sabah: Sembilan lelaki dicekup di Telipok Ria

TUARAN: Sembilan lelaki diberkas manakala dadah disyaki syabu seberat 1.27 gram dirampas dalam Ops Gempur Khas yang dijalankan di Perumahan Telipok Ria, di sini, pada Jumaat. Operasi bermula jam 3 petang hingga 10 malam itu dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tuaran […]
Tolak dengan tegas tindakan Filipina bangkitkan semula tuntutan ke atas Sabah

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memandang serius kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) yang membangkitkan semula tuntutan terhadap Sabah susulan perbincangan mengenai peta pentadbiran 2012 negara itu. Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim, berkata sebarang tuntutan oleh Filipina yang tidak mempunyai asas perundangan mahupun legitimasi sejarah perlu ditolak […]