Tujuh rumah terbakar di Kampung Gudon

KOTA KINABALU: Tujuh rumah jenis separuh kekal terbakar dalam kejadian di Kampung Gudon, Menggatal, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, lima rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi terbakar kira-kira 90 peratus dengan api marak memusnahkan keseluruhan struktur kediaman. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ronny Sikawan berkata, pihaknya […]
Tiada siapa boleh persoal keputusan rakyat Sabah bersama Malaysia – Hajiji

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah sudah membuat keputusan yang jelas untuk negeri ini menjadi sebahagian daripada Malaysia dan ia tidak boleh dipersoalkan lagi. Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung kenyataan terbaharu seorang Senator Filipina yang menggesa kerajaan negara itu menuntut Sabah. Hajiji mengulangi bahawa Sabah adalah sebuah […]
Warga asing ditahan kemuka dokumen palsu mohon MyPR

KOTA KINABALU: Cubaan seorang lelaki bukan warganegara menggunakan dokumen disyaki palsu bagi memohon Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) membawa padah apabila dia dicekup di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun terbabit ditahan pegawai penguat kuasa JPN Sabah ketika hadir di Bahagian Kad […]
Ops Gempur Khas: Empat ‘kaki syabu’ dicekup di Telipok Ria

KOTA KINABALU: Ketika suasana Aidilfitri masih diraikan dengan kunjungan ke rumah sanak saudara, empat lelaki ini pula ‘berkunjung’ ke tepi jalan untuk menghisap syabu sebelum dicekup dalam Ops Gempur Khas di Taman Telipok Ria, Tuaran, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 11 malam hingga 4 pagi itu, empat suspek berusia antara 21 hingga 41 tahun […]
Kenyataan Senator Filipina tidak bertanggungjawab – Pemuda Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengecam keras kenyataan oleh Senator Robin Padilla yang menggesa agar tuntutan Filipina ke atas Sabah dihidupkan semula. Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, pemangku ketuanya, Azrul Ibrahim, berkata kenyataan senator negara itu jelas tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan prinsip kedaulatan serta undang-undang antarabangsa. “Kami ingin menegaskan bahawa […]
Tan Sri Andrew Sheng dilantik Penasihat Khas Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Tokoh perbankan Asia dan pengawal selia kewangan yang dihormati, Tan Sri Andrew Sheng dilantik sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri. Pelantikan itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, selepas pertemuan dengan tokoh berkenaan Sri Gaya, di sini, pada Jumaat. Ketua Menteri berkata, pengalaman luas serta kelayakan kukuh Sheng akan menjadi aset kepada Sabah. […]
Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas masuk longkang

SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang dalam kejadian di Batu 7, di sini, hari ini. Mangsa, Chock Vui Heong, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah hari […]
Perjalanan pulang bertukar tragedi

PAPAR: Perjalanan pulang tiga beranak bertukar tragedi apabila seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam sungai, di Jalan Kampung Langsat, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Papar. […]
Wanita warga emas masih hilang, operasi SAR hari keempat diperluas di Pitas

KOTA MARUDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang hilang di Kampung Bawang, Pitas, di sini, dipergiat pada hari keempat dengan peluasan kawasan pencarian melibatkan koordinasi pelbagai agensi. Mangsa, Sarina Samam Kassim, 80, masih belum ditemukan setakat hari ini walaupun operasi diteruskan secara bersepadu sejak dilancarkan pada 24 Mac lalu. Pemangku Ketua Balai […]
Langkah segera tangani salahguna logo UMS – Kasim

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah mengambil tiga langkah segera bagi menangani kes penyalahgunaan nama dan logo universiti itu di media sosial. Tiga langkah itu ialah melaksanakan pemantauan berterusan terhadap kandungan dan akaun yang berkaitan; mengambil tindakan susulan melalui saluran yang bersesuaian, termasuk aspek perundangan; dan memperkukuh saluran komunikasi rasmi universiti sebagai rujukan utama. […]