Search

Langkah segera tangani salahguna logo UMS – Kasim

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah mengambil tiga langkah segera bagi menangani kes penyalahgunaan nama dan logo universiti itu di media sosial. Tiga langkah itu ialah melaksanakan pemantauan berterusan terhadap kandungan dan akaun yang berkaitan; mengambil tindakan susulan melalui saluran yang bersesuaian, termasuk aspek perundangan; dan memperkukuh saluran komunikasi rasmi universiti sebagai rujukan utama. […]

Enam ‘lalok’ ketamin dicekup di pusat hiburan

PENAMPANG: Aktiviti ‘berhibur sakan’ enam individu di sebuah pusat hiburan berakhir apabila mereka dicekup dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, awal pagi tadi. Dalam operasi jam 2 hingga 4 pagi itu, semua suspek ditahan di sebuah pusat hiburan di Pekan Koidupan, di sini, selepas didapati berada dalam keadaan […]

‘Kenyataan Senator Filipina biadab, cabar kedaulatan Malaysia’

KOTA KINABALU: Kenyataan seorang senator Filipina yang menggesa kerajaan negara itu membuat tuntutan semula ke atas Sabah disifatkan sebagai biadab, tidak bertanggungjawab dan mencabar kedaulatan Malaysia. Mengutuk kenyataan itu, bekas Presiden Kehormat Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, berkata tuntutan itu bukan saja tidak berasas, malah satu […]

Warga emas maut, kereta terbabas dan terbalik dalam parit

PAPAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Langsat, Jalan Bukit Manggis, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.21 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan. Mangsa yang maut adalah pemandu kenderaan berkenaan bersama isterinya […]

Sabah berhak dapat subsidi diesel – Ewon

PUTATAN: Langkah kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi diesel kepada Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai tindakan yang memang perlu dilaksanakan. Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, berkata kedua-dua negeri berhak menikmati subsidi diesel sejajar kedudukannya sebagai pengeluar minyak dan gas utama di Malaysia. Jelasnya, jika ada pihak di Semenanjung mempertikaikan subsidi itu, mereka perlu melihat kedudukan dan keperluan […]

Hajat ‘beraya sakan’ naik pikap curi tidak kesampaian

KOTA KINABALU: Hasrat dua lelaki untuk ‘beraya sakan’ dengan menaiki kenderaan pikap dipercayai dicuri berakhir apabila mereka dicekup selepas dikejar di Kampung Air, di sini, petang tadi. Kenderaan itu dilaporkan hilang di Kinabatangan sebelum dikesan berada di bandar raya ini oleh ahli kelab kenderaan yang kebetulan terserempak. Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai cuba berlagak tenang […]

Inisiatif BUDI95 dikurang ke 200 liter sebulan bermula April

KOTA KINABALU: Kerajaan mengumumkan penyelarasan kelayakan penggunaan subsidi bahan api di bawah inisiatif BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah berkenaan dilaksanakan sebagai pendekatan bersasar bagi memastikan subsidi terus memanfaatkan majoriti rakyat, khususnya dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu […]

1,000 golongan memerlukan diraikan pada rumah terbuka Aidilfitri Sabah

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 golongan memerlukan termasuk anak yatim dan pelajar tahfiz bakal diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Mac ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis bertemakan Aidilfitri Wadah Perpaduan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam […]

Beri perhatian serius soal pemakanan elak penyakit buah pinggang – Masidi

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan supaya memberi perhatian lebih serius terhadap penjagaan kesihatan, khususnya dalam aspek pemakanan harian bagi mengelak penyakit seperti buah pinggang. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ketika ini penyakit buah pinggang semakin menjejaskan ramai keluarga di negeri ini. Katanya, banyak penyakit serius boleh dicegah sekiranya orang ramai lebih peka […]

Bomba Keningau beri penjelasan pematuhan SOP operasi SAR di Sungai Pegalan

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Sungai Pegalan bukan sekadar perlumbaan siapa paling cepat menemui mangsa, sebaliknya dilaksanakan mengikut prosedur ketat demi keselamatan semua pihak. Menerusi perkongsian di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, pihaknya menjelaskan setiap tindakan dalam operasi SAR tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang mengutamakan nyawa anggota […]