Malam di rumah saudara bertukar detik hitam

TAWAU: Niat seorang remaja perempuan bermalam di rumah saudara bertukar detik hitam apabila menjadi mangsa perbuatan terkutuk seorang lelaki dikenali dalam kejadian di Merotai Besar, di sini. Kejadian itu disedari selepas mangsa tampil membuat laporan polis sebelum siasatan segera dijalankan pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan laporan diterima, sepasukan […]
Kerajaan siap siaga hadapi risiko kesihatan akibat cuaca panas – Julita

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi cuaca panas berterusan yang dibimbangi memberi kesan kesihatan kepada rakyat, khususnya pekerja luar, komuniti luar bandar dan golongan berisiko. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata pihaknya memandang serius peningkatan kes berkaitan haba yang dilaporkan di seluruh negara seperti dinyatakan Kementerian Kesihatan (KKM). […]
Samun wanita: Tiga termasuk warga asing diberkas

SANDAKAN: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan kes samun terhadap seorang wanita di sebuah rumah di kawasan Batu 7, di sini, pada 21 Mac lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa diserang seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke rumah melalui tingkap sebelum bertindak menyamun. Timbalan Ketua […]
Bomba bantu tanggalkan cincin tersekat di jari

KENINGAU: Seorang pesakit menahan kesakitan apabila cincin tersekat pada jari manis hingga menyebabkan bengkak dalam kejadian di Hospital Keningau, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.12 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada doktor sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi. Pasukan tiba dalam tempoh […]
Pelan Induk Taman Perindustrian Kota Belud dibentang di Kabinet – Ewon

KOTA BELUD: Pelan Induk Taman Perindustrian Kota Belud akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri pada mesyuarat Jemaah Menteri Sabah akan datang. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick, berkata pembentangan itu selaras pengumuman Kerajaan Negeri sebelum ini mengenai pembangunan taman perindustrian baharu di Kota Belud dan Kudat sebagai usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi di negeri. Katanya, pelaksanaan pembangunan […]
Datuk ditemui lemas, cucu masih hilang

KENINGAU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencuba bot bersama cucunya di Sungai Pagalan berhampiran Taman Bersatu, Sook, di sini semalam, ditemui lemas petang tadi. Mangsa, Fredoline Yariki, 60, ditemui orang awam kira-kira jam 5.21 petang pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), sekitar tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. […]
Kerajaan negeri sokong keperluan polis

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus menyokong keperluan anggota polis sejajar peranan mereka sebagai rakan strategik utama keselamatan dan pembangunan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan negeri adalah asas kepada kestabilan pembangunan, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pelabur. Sehubungan itu, beliau mengulangi penekanan kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 […]
Cuba seludup masuk perairan, empat PATI termasuk tekong ditahan

KUDAT: Cubaan sebuah bot tempatan menyeludup masuk ke perairan negara terbongkar apabila empat lelaki termasuk tekong dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini. Bot berkenaan dipintas kira-kira tujuh batu nautika di barat Tanjung Simpang Mengayau ketika rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut dijalankan. Pengarah Zon […]
Peralihan monsun mulai 29 Mac, pantai barat dijangka hujan lebat

KOTA KINABALU: Hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat diramal berlaku sepanjang peralihan monsun yang dijangka bermula pada 29 Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata peralihan monsun dijangka berlarutan sehingga Mei depan. Katanya, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula sejak […]
Pulau Sebatik diisytihar kawasan bencana kemarau

KOTA KINABALU: Pulau Sebatik diisytihar dilanda bencana kemarau susulan cuaca panas dan kering di Tawau, ketika ini. Pengisytiharan bencana itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau, Joseph Pang pada jam 10 pagi Rabu. “Saya selaku Pengerusi JPBD Tawau dengan ini mengisytiharkan bencana kemarau Daerah Tawau (Pulau Sebatik),” katanya. Difahamkan, kemarau yang melanda pulau […]