Tragedi Sungai Segaliud: Mangsa dibaham buaya ditemui terapung

KINABATANGAN: Lelaki yang dibaham buaya ketika menjala udang di Kampung Segaliud, di sini, ditemukan pagi ini. Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat, pada jam 9.55 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Utoh, berkata sepasukan empat anggota meneruskan operasi pagi ini bersama penduduk kampung selain polis. “Selepas […]
Sindiket syabu tumpas: Taktik sorok dalam kayu terbongkar lebih 53kg dirampas

KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah membabitkan rampasan lebih 53 kilogram (kg) syabu bernilai hampir RM2.65 juta dalam tiga operasi yang dijalankan minggu lalu. Rampasan itu hasil tiga operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAB) dan Tawau yang turut membawa kepada penahanan lima individu termasuk satu keluarga serta seorang lelaki […]
PRU16: Kerjasama antara parti pertahan Kerajaan Perpaduan pasca PRN17

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengambil pendekatan bekerjasama dengan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bayangan itu disuarakan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media di SICC pada Selasa. Beliau berkata […]
Penunggang motosikal maut bertembung kenderaan pacuan empat roda

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu – Tungku, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten […]
Anak dibaham buaya depan mata bapa

KINABATANGAN: Malam yang sepatutnya rutin menjala udang bertukar mimpi ngeri buat seorang bapa apabila anaknya dibaham buaya di depan mata dalam kejadian di sungai Kampung Segaliud, di sini, malam ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, bersama bapanya turun ke tebing sungai seperti kebiasaan. Namun, tanpa diduga, kelibat seekor […]
Jual mercun tanpa lesen, lelaki ditahan di Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki menjual mercun dan bunga api tanpa lesen dalam satu serbuan di daerah ini. Dalam operasi itu, turut dirampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan dengan nilai keseluruhan RM313. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, lelaki berusia 27 tahun itu akan disiasat […]
Laksanakan segera hak 40 peratus Sabah – Azis

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan mahu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak mempertikaikan hak 40 peratus hasil Sabah perlu disusuli tindakan segera untuk melaksanakannya. Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata jika perkara itu tidak dipertikaikan, maka Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan segera bayaran balik untuk Sabah dan tidak […]
Individu ditahan polis bukan berstatus kanak-kanak – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Pelbagai pihak diminta tidak cuba memanipulasi fakta berhubung kes penangkapan seorang lelaki tanpa dokumen yang juga pelajar sebuah sekolah alternatif dan didakwa masih di bawah umur. Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim dalam satu kenyataan, menjelaskan individu terbabit bukan lagi di bawah umur atau masih berstatus kanak-kanak. Katanya, […]
Bantuan khas RM57,250 untuk guru SAN Pekan Tambunan

TAMBUNAN: Kerajaan negeri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDN&P), Jabatan Ketua Menteri menyalurkan bantuan khas berjumlah RM57,250 bagi membantu guru yang terjejas dalam insiden kebakaran Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan. Bantuan khas berupa wang tunai itu disampaikan Timbalan Setiausaha PHEDN&P, Mohd Rizan Abran dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Pejabat […]
Aldrin Wong kini Presiden baharu Persatuan Elektrik Sabah

KOTA KINABALU: Persatuan Elektrik Sabah (PES) mengumumkan pelantikan Presiden, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026 – 2027 dalam satu majlis rasmi yang diadakan di pejabat persatuan itu pada 13 Mac lalu. Pelantikan itu menyaksikan Aldrin Wong Fung Lyong dipilih sebagai Presiden baharu PES bagi menerajui hala tuju persatuan dalam memperkukuh pembangunan industri elektrik […]