Kedai jual ikan musnah terbakar di Tawau

TAWAU: Sebuah kedai menjual ikan di Bandar Sri Indah, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.28 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, seramai 15 anggota bersama beberapa jentera termasuk FRT, LFRT, EMRS dan Water Tanker […]
Wanita patah kaki, kanak-kanak cedera kereta terbabas

TAWAU: Seorang wanita patah kaki manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kampung Tanjung Batu Laut, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.24 pagi itu, kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]
Lelaki cedera, kereta terbakar selepas langgar tiang lampu isyarat

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera di bahagian muka selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Inanam Taipan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 30 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu isyarat, menyebabkan kenderaan dipandunya terbakar hampir 90 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor […]
Sambutan Ulang Tahun Tun Musa dibuat secara berhemah – Nizam

KOTA KINABALU: Program Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada 30 Mac ini dibuat secara berhemah mengambil kira cabaran semasa ketika ini. Menekankan perkara itu, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata walaupun pelbagai program disusun bagi […]
Bekalan beras di Sabah cukup, pengguna tidak perlu panik – Jamawi

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar mengulangi jaminannya mengenai kecukupan bekalan beras di Sabah dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik susulan laporan kekurangan stok di beberapa daerah pedalaman. Beliau berkata, setakat ini, stok simpanan beras negeri mampu menampung keperluan rakyat antara enam hingga sembilan bulan. “Jika digabungkan […]
Baru bebas, kembali ke jalan lama

KUDAT: Baru melangkah keluar dari tirai besi, lelaki berusia 30 tahun itu seolah-olah tidak serik. Belum sempat menikmati kebebasan, dia kembali dicekup polis dengan 150 gram dadah disyaki syabu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, suspek ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat ketika rondaan Ops Tapis di Kampung Landung Ayang […]
Tun Musa hargai semua pihak jayakan Majlis Penyampaian kek Hari Raya

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman haru ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Penyampaian Kek sempena Hari Raya Aidilfitri. Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Seri Kinabalu, Tun Musa menyifatkan inisiatif itu sebagai gambaran semangat kebersamaan, keprihatinan dan keharmonian rakyat Sabah. “Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada […]
Cuti umum tambahan negeri sempena Aidilfitri pada Jumaat atau Isnin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri turut mengumumkan tarikh 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026 sebagai cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri. Ketetapan itu bagaimanapun bergantung kepada tarikh 1 Syawal, sama ada jatuh pada Jumaat atau Sabtu ini, seiring dengan pengumuman Perdana Menteri sebelum ini. Di bawah Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang […]
Siasatan kes individu tular hampir siap – Jauteh

KOTA KINABALU: Siasatan polis berhubung penahanan individu yang tular selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sudah berada diperingkat akhir. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, hasil siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. Katanya, setakat ini terdapat pihak yang mempertikaikan dan mendakwa individu itu masih di bawah umur. “Namun susulan […]
Serbuan kilang papan haram di Sook, PGA rampas balak dan jentera cecah puluhan juta

KENINGAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 21 Keningau berjaya membongkar kegiatan pembalakan haram dalam satu operasi intra dan inter agensi di kawasan Sook 17 Mac lalu. Jurucakap PGA dalam satu kenyataan melalui laman media sosial rasmi berkata, operasi bersepadu itu melibatkan Cawangan Risik dan Task Force Batalion 21 PGA dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah Cawangan […]