Search

Yamada Consulting & Spire buka pejabat di Malaysia, perkukuh pelaburan Jepun

KUALA LUMPUR: Yamada Consulting & Spire melakar satu lagi pencapaian penting apabila membuka ruang pejabatnya di Malaysia, sekali gus memperkukuh peranan syarikat itu dalam menghubungkan pelaburan Jepun dengan syarikat tempatan. Majlis perasmian pejabat baharu yang terletak di Menara Mercu Aspire itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Kurup. Ketua Pengarah […]

PPM Sabah rampas hampir 18,000 liter diesel, tiga lelaki ditahan

KOTA KINABALU: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah premis tidak bernombor di Jalan Bunga Raya, semalam. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan kira-kira jam 8 malam itu dilaksanakan hasil maklumat awam menerusi Op Taring Gelora Aidilfitri. Katanya, pemeriksaan […]

Qhazanah Sabah bayar zakat perniagaan RM1.2 juta

KOTA KINABALU: Kumpulan Qhazanah Sabah membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu sebanyak RM1.235 juta melalui Pusat Zakat Sabah untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini. Penyerahan zakat itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Mohd Damshal Awang Damit kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa, […]

Cadangan ubah 73 bahagian Gagasan Rakyat kepada 25 diterima baik

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Api-Api menyatakan sokongan terhadap cadangan penstrukturan semula bahagian parti yang ketika ini berasaskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Bahagian PGRS Api-Api, Datuk Faisyal Diego, berkata penstrukturan itu bertujuan memperkukuh struktur organisasi dan meningkatkan kecekapan pentadbiran parti di semua peringkat. Katanya, cadangan untuk mengubah sistem bahagian […]

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri bermula 16 Mac

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melancarkan Operasi Khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bermula semalam hingga 29 Mac bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lebih selamat sepanjang musim perayaan. Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, operasi itu turut diselaraskan bersama Kempen Keselamatan Jalan Raya “Pandu Cermat, Sampai Selamat” dengan memberi […]

Lelaki masuk kebun tidak pulang, operasi SAR digerakkan

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kawasan kebun berhampiran rumahnya di Kampung Meliau, Tongod, sejak kelmarin kini sedang dikesan pasukan penyelamat. Mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Dahlan, 32, dilaporkan keluar ke kawasan kebun kira-kira jam 11 pagi, namun tidak pulang semula sehingga mencetuskan kebimbangan keluarganya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, […]

Tegur rakan sekerja belum masak nasi, pekerja restoran ditetak

TAWAU: Hanya kerana menegur rakan sekerja yang belum memasak nasi, seorang lelaki cedera selepas ditetak menggunakan pisau pemotong ikan dalam kejadian di sebuah restoran di Kubota Sentral, di sini, pada Isnin. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin […]

Penunggang motosikal maut disyaki digilis kenderaan

KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai digilis sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Tamparuli – Ranau berhampiran simpang Kampung Kiau, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 2.05 petang, mangsa lelaki tempatan berusia 20 tahun yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asisten […]

Lelaki warga emas dipenjara 20 tahun, 10 sebatan rogol kanak-kanak OKU

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU) dua tahun lalu. Tertuduh warga Indonesia tanpa dokumen sah berumur 79 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan pada prosiding penghakiman di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suhailla Selag, di Mahkamah Lahad […]

Pemandu maut kereta bertembung pacuan empat roda

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah pacuan empat roda yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan di Kilometer 42.5 Jalan Kimanis – Keningau, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, kemalangan membabitkan Perodua Viva dan Isuzu D Max itu mengorbankan pemandu Viva berusia 41 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. […]