PPM Sabah rampas barangan hampir RM665,000

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan 23 kes pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM664,847.67 dalam Op Taring Gelora Khas Aidilfitri yang dijalankan di seluruh perairan Sabah. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Amri Abdul Rahman berkata, kes berkenaan dikesan hasil operasi dan rondaan yang dilaksanakan oleh beberapa markas operasi […]
3 spesies baharu udang karang berduri ditemui di Sabah

KOTA KINABALU: Institut Marin Borneo (IMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), merekodkan tiga spesies baharu udang karang berduri (Panulirus spp) dari perairan Sabah. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan UMS pada Isnin, daripada tiga spesies itu, dua adalah rekod baharu bagi Malaysia, manakala satu lagi rekod baharu bagi Sabah. Katanya, penemuan oleh Penyelidik IMB, Prof Madya Dr […]
Lima mangsa pemerdagangan orang diselamatkan Polis Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah menyelamatkan lima individu, termasuk seorang kanak-kanak, yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang dalam operasi khas di beberapa kawasan ladang di negeri ini, baru-baru ini. Operasi dikenali sebagai Op Pintas Bilangan 2/2026 itu dijalankan Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bahagian Siasatan Jenayah daerah. Pesuruhjaya […]
PADUNEGERI platform penting perkukuh keharmonian kaum di Sabah

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PADUNEGERI) memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata jawatankuasa itu menjadi platform untuk membincangkan isu berkaitan yang mungkin timbul. “Platform seperti PADUNEGERI membolehkan kita membincangkan isu yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat serta […]
Suspek tetak anggota PGA ditahan selepas lebih tiga bulan diburu

KENINGAU: Selepas lebih tiga bulan diburu polis, seorang lelaki yang dikehendaki bagi kes mendatangkan cedera parah terhadap seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) akhirnya diberkas dalam serbuan di Kampung Pauh Tulid, Sook, Sabtu lalu. Suspek lelaki tempatan berusia 40 tahun itu ditahan jam 7.40 malam di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan oleh sepasukan […]
Lelaki ditahan selepas gagal tunjuk dokumen pengenalan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan polis selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dalam operasi cegah jenayah di kawasan One Borneo Mall, Jalan Sulaman, di sini, semalam. Penahanan dilakukan kira-kira jam 3 petang, oleh sepasukan anggota Task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan Ops Cegah Jenayah susulan […]
Askar hilang di Pulau Pandanan, polis mohon bantuan orang ramai

SEMPORNA: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang selepas tidak ditemui di pos penempatan Pulau Pandanan, di sini, sejak pagi Jumaat lalu. Anggota tentera terbabit dikenali sebagai Fredenick anak Petrus, 21, berketurunan Iban dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Kem Ulu Tiram, Johor. Kehilangan mangsa disedari kira-kira jam 7 pagi pada 14 Mac lalu ketika […]
PGA, KPDN tahan dua lelaki seleweng diesel, petrol di Semporna

SEMPORNA: Cubaan dua lelaki dipercayai menyeleweng minyak diesel dan petrol gagal apabila mereka ditahan dalam serbuan Operasi Bersepadu Intra/Inter (Op Taring Bravo 1) di sebuah stesen minyak di Kilometer 3, di sini, petang semalam. Serbuan kira-kira jam 2.40 petang itu dijalankan Cawangan Risik/Task Force Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dengan kerjasama Kementerian Perdagangan […]
Remaja jatuh sungai ditemui lemas

TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rangalau Lama, Jalan Kiulu, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai sebelum gagal timbul berdasarkan maklumat awal yang dimaklumkan oleh rakan mangsa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa […]
Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan pendekatan strategik Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat, termasuk penyaluran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjelang sambutan Aidilfitri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata langkah berkenaan mampu meringankan beban rakyat membuat persiapan perayaan, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. Selain itu, […]