Search

Bekalan beras Sabah mencukupi hingga sembilan bulan – Jamawi

KOTA KINABALU: Bekalan beras untuk keperluan pengguna di Sabah mencukupi dan berada pada tahap selamat walaupun terdapat laporan kekurangan bekalan di beberapa daerah sejak kebelakangan ini. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata setakat ini stok simpanan beras di Sabah mampu menampung keperluan rakyat Sabah untuk tempoh sembilan bulan. Katanya, jumlah […]

Wanita melecur, rumah musnah terbakar di Tambunan

TAMBUNAN: Seorang wanita melecur di bahagian lengan selepas rumah didiaminya terbakar dalam kejadian di Kampung Lubong, Jalan Lubong, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, rumah jenis tidak kekal berkeluasan kira-kira 149 meter persegi dilaporkan terbakar sehingga 89 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mitchell Francis George berkata, pihaknya […]

700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran stor di Tuaran

TUARAN: Sebanyak 700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan kenderaan terpakai di Jalan Dungun Marabahai Tambalang 2, di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Anak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari. Katanya, sepasukan anggota dari BBP Tuaran digerakkan ke […]

Motosikal hilang di Menggatal ditemui semula di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Menggatal, Kota Kinabalu ditemui semula kira-kira 110 kilometer dari lokasi kejadian selepas dikesan polis dalam rondaan pencegahan jenayah di Taman Marudu, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, anggota Rondaan Mobile Patrol Vehicle (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kota […]

Harga diesel subsidi di Sabah Sarawak kekal RM2.15 – PM

KOTA KINABALU: Harga diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak masih kekal pada kadar RM2.15 seliter walaupun kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung subsidi yang besar berikutan kenaikan harga minyak dunia ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan itu berkata kerajaan dijangka menanggung subsidi hingga RM4.6 bilion pada tahun ini jika harga semasa diesel tidak berubah. […]

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 dikuatkuasa mulai 1 Jun – Armizan

KOTA KINABALU: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun depan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu dan rundingan susulan yang dibuat sebelum ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata penguatkuasaan pindaan itu dibuat empat bulan lebih awal berbanding jadual asal. Katanya, ketika rang undang-undang […]

PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya. Beliau berkata, cuti pada Isnin, 23 Mac diberikan jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan. […]

Pemuda, Beliawanis Gagasan Rakyat Singgah Sahur bersama petugas kesihatan, keluarga pesakit HQE

KOTA KINABALU: Program Singgah Sahur Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat singgah mengagihkan makanan sahur untuk petugas kesihatan dan ahli keluarga pesakit di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, malam tadi. Program itu dijayakan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang turut menyantuni anggota barisan hadapan dan orang ramai […]

Keselamatan tenaga dikukuhkan, pastikan bekalan elektrik Sabah stabil – KM

TUARAN: Kerajaan negeri akan terus memperkukuh usaha meningkatkan keselamatan tenaga negeri melalui pelaksanaan pelbagai projek strategik di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil, mampan dan berdaya tahan demi menyokong pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Beliau berkata, kerajaan negerisentiasa menyokong langkah yang dilaksanakan Sabah Electricity dalam […]

Cement Industries bayar zakat setengah juta

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) membayar zakat perniagaan berjumlah RM500,000 bagi 2025 sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. Zakat berkenaan disampaikan Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah MUIS, Iwansuzairie Hari yang mewakili Pusat Zakat Sabah pada satu majlis di Hyatt Regency Kinabalu, pada Sabtu. Japlin […]