Search

Subsidi petrol, diesel dikekalkan untuk lindungi rakyat – Mustapha

PUTATAN: Rakyat di Sabah masih menikmati subsidi petrol dan diesel meskipun harga pasaran bahan api itu naik mendadak berikutan ketegangan yang berlaku di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata penerusan subsidi itu sejajar komitmen Kerajaan Madani terus melindungi rakyat rakyat daripada kesan kenaikan bahan api global. Katanya, […]

Permohonan ‘stay of execution’ tidak jejas tuntutan 40% Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU: Permohonan penggantungan pelaksanaan perintah mahkamah atau stay of execution yang difailkan Kerajaan Persekutuan tidak menjejaskan prinsip tuntutan 40 peratus pemberian khas kepada Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, permohonan itu sebaliknya bertujuan memberi ruang kepada kerajaan Persekutuan dan […]

Isteri terkilan arwah suami tak sempat pakai baju raya

PAPAR: “Sehari sebelum puasa, arwah sudah membeli baju raya untuk kami sekeluarga… anak, saya dan dirinya sendiri.” Itu kata Nur Asyikin Omar, 28, isteri kepada Mohd Shahmezie Fazrin Roslee, 26, penunggang motosikal yang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar lubang di jalan sebelum hilang kawalan dan digilis lori di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan […]

ESSCOM rampas rokok seludup, mercun bernilai RM850,000 di Kinabatangan

KINABATANGAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya merampas 4,486 karton rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama serta 143 karton mercun dengan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM850,000 dalam serbuan di Kampung Paris III, di sini pada 11 Mac lalu. Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyeludupan […]

19 pertuduhan kes elektrik direkodkan, ECoS kutip denda RM190,000

KOTA KINABALU: Energy Commission of Sabah (ECoS) terus mempergiat penguatkuasaan undang-undang tenaga di negeri ini apabila sebanyak 19 pertuduhan direkodkan di Mahkamah Sesyen Sandakan dan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dengan jumlah denda keseluruhan RM190,000 sejak Januari hingga Mac tahun ini. Menurut ECoS, daripada jumlah itu, 10 pertuduhan difailkan di Mahkamah Sesyen Sandakan manakala sembilan lagi […]

Penunggang motosikal maut digilis lori selepas langgar jalan berlubang

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut digilis lori selepas motosikal ditungganginya dipercayai melanggar lubang sebelum hilang kawalan dalam kejadian di Kilometer 23, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa Mohd Shahmezie Fazrin Roslee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. […]

Remaja ditemukan lemas, dipercayai terjatuh ke laut

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut dalam kejadian di Kampung Tinosa, Batu 7, di sini, petang semalam. Mangsa dikenali sebagai Mohd Mahadir Danish Abdullah, 15, ditemui oleh sepupunya dalam keadaan tertiarap di bawah jambatan dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu. Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal bersama ibu […]

Dugaan Ramadan, tujuh rumah musnah terbakar, persiapan Aidilfitri turut hangus

PUTATAN: Dugaan Ramadan buat beberapa keluarga apabila tujuh rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Sekambu Petagas, di sini, petang ini. Lebih menyedihkan, ada antara mangsa sudah membuat persiapan awal Aidilfitri termasuk membeli barangan keperluan raya, namun semuanya musnah dijilat api sedangkan hari lebaran hanya berbaki beberapa hari lagi. Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan […]

Isu Pan Borneo terus disuarakan selagi belum siap – Matbali

KOTA KINABALU: Isu berkaitan Projek Lebuhraya Pan Borneo, khususnya membabitkan jajaran Sindumin-Melalia-Beaufort akan terus disuarakan selagi belum disiapkan. Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah ketika mengulas perkembangan projek itu yang belum siap setelah bertahun-tahun dilaksanakan. Katanya, beliau akan terus mengangkat isu itu sehingga ia selesai sepenuhnya kerana pelaksanaan keseluruhan projek berkenaan di […]

114 PATI warga Indonesia dihantar pulang

TAWAU: Seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau, di sini, dalam Program Pemindahan Tahanan PATI yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pemindahan melalui laluan laut itu membabitkan 78 lelaki dewasa, 26 wanita dewasa, enam […]