Search

Kanak-kanak maut kemalangan selepas bertarung nyawa hampir 11 jam

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun disahkan meninggal dunia pagi tadi, apabila sudah bertarung nyawa hampir 11 jam selepas terbabit kemalangan di Jalan Rakit, di sini, semalam. Mangsa Rebecca Grace Tintingon, 9, menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 2 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima makluman dari […]

Lelaki maut van terbabas sejauh 100 meter

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas van dipandu terbabas sejauh 100 meter sebelum masuk ke dalam belukar berhampiran pagar belakang Kem Lok Kawi, di sini, semalam. Dalam kira-kira 5 petang itu, mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan […]

Kemalangan di Jalan Lintas, tiga termasuk dua beranak maut

KOTA KINABALU: Tiga termasuk dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian berhampiran Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, ketiga-tiga mangsa bersama enam ahli keluarga lain yang menaiki Proton Iswara dilaporkan mengalami kecederaan parah. Mangsa wanita yang dikenali sebagai […]

Penunggang motosikal meninggal dunia selepas melanggar anjing

PAPAR: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di hospital selepas bertarung nyawa lima hari apabila motosikal ditungangnya melanggar seekor anjing di Kilometer 10, Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, 24 November lalu. Mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pada 8.30 pagi hari ini. Ketua Polis Daerah […]

Remaja lelaki maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypss, berhampiran Suria Inanam, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohammad Rham Mohammad Nasir, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua […]

Maut kereta terbabas masuk parit

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Lama Papar, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Alif Syahadan Lasim, 21, meninggal dunia di tempat kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihkanya menerima panggilan berhubung kejadian itu […]

Satu maut, empat parah kemalangan dua kenderaan

PUTATAN: Seorang lelaki maut manakala empat parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Papar – Kota Kinabalu, dekat sebuah pasar raya, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua […]

Pemandu maut tercampak dari lori balak

KALABAKAN: Seorang pemandu lori balak maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 136 Jalan Kalabakan – Maliau Basin, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati […]

1 maut, 4 cedera ringan kenderaan terbabas di Papar

PAPAR: Seorang wanita maut dan empat cedera ringan selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di tepi jalan di Jalan Gana Kawang, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa Tracy Wong, 35, disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian. Manakala seorang […]

Pemandu maut kereta bertembung treler

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kampung Pelantong, di sini, pagi tadi. Mangsa Juslin Jussip, 45, yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik […]