Lelaki autisme hilang ditemui selamat

PAPAR: Lelaki autisme yang dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling, di sini semalam, ditemui dengan selamat. Mangsa Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, ditemui oleh orang awam di Kampung Benoni, di sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, mangsa selamat dan kini bersama keluarganya. “Ahli keluarga mangsa datang ke […]
Pekerja ladang ditemui rentung dalam kebakaran rumah kongsi

TAWAU: Seorang pekerja ladang ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan satu blok rumah kongsi pekerja, di Ladang Brumas, Kalabakan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun ditemui dalam salah satu bilik rumah kongsi berkenaan dipercayai terperangkap akibat asap tebal. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima […]
PPM gagalkan cubaan seludup rokok

TAWAU: Sekumpulan lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup di kawasan kampung Ice Box, di sini, bertempiaran lari selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, menerusi Op Taring Gelora Khas/Op Kontraban, semalam. Bagaimanapun, dua lelaki daripada kumpulan terbabit berjaya ditahan dan merampas 108,000 batang rokok seludup yang disembunyikan di dalam van jenis Toyota […]
PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 80 tong gas bersubsidi

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 80 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM15,200 menerusi Op Taring Gelora Khas di Batu 4, di sini, 5 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, menerusi operasi berkenaan, sepasukan Unit Risikan Marin (PPM) Tawau yang dalam pemantauan di kawasan berkenaan terlihat sekumpulan individu mencurigakan […]
Pemandu maut, empat penumpang parah

TAWAU: Seorang pemandu maut, manakala empat penumpang lain termasuk dua kanak-kanak parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas Kilometer 43 Jalan Tawau – Kalabakan, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila kereta jenis Proton Saga dari Brantian menghala ke Bandar Tawau dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas masuk ke dalam longkang kecil. Timbalan Ketua […]
Warga emas curi motosikal ditahan

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing di rumah tidak bernombor di Batu 4, di sini, semalam selepas disyaki terbabit curi motosikal. Suspek berusia 64 ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau jam 3.30 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sejurus menerima laporan berkaitan kejadian curi […]
Belanja guna kad ATM orang lain, remaja perempuan dicekup

TAWAU: Tindakan seorang remaja perempuan berbelanja sakan menggunakan kad ATM orang lain menerima padah apabila ditahan polis, semalam. Suspek berusia 19 tahun itu ditahan jam 10 malam di sebuah restoran makanan segera di Taman Megah Jaya, di sini, selepas polis menerima laporan daripada pemilik sebenar kad ATM berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin […]
Segera atasi masalah bekalan elektrik di Kampung Luasong – MP Kalabakan

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah bekalan elektrik yang terputus sejak bulan lalu di Kampung Luasong, di sini. Katanya, masalah berkenaan berpunca daripada kerosakan penjana kuasa diesel yang disediakan oleh pihak Yayasan Sabah, sekaligus membebankan lebih kurang 200 penduduk kampung yang terpaksa […]
Lima lelaki ditahan cuba curi kayu arang

TAWAU: Cubaan lima lelaki mencuri kayu arang gagal apabila berjaya ditahan di kawasan kilang di Tanjung Batu Laut Logpond, di sini, Ahad lalu. Kelima-lima suspek berusia 38 hingga 69 tahun ditahan selepas dikesan pengawal pengawal keselamatan sebelum meminta bantuan rakan setugas untuk menahan semua suspek. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak […]
Bot kargo lebih muatan ditahan Maritim Malaysia

TAWAU: Padah bawa lebih muatan pelbagai barang runcit, sebuah bot kargo tempatan ditahan Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), semalam. Bot kargo ditahan Maritim Malaysia Zon Tawau menerusi Ops Khas Pagar Laut di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau, jam 7.20 malam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim […]