Search

Wanita dikerat: Dua lagi anggota badan masih dicari

KOTA KINABALU: Siasatan kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat masih berjalan, termasuk usaha mencari dua lagi anggota badan mangsa yang belum ditemui. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu dapat didedahkan kerana siasatan masih di peringkat awal dan belum lengkap sepenuhnya. “Kes masih dalam […]

Tujuh rumah musnah, anggota bomba cedera terpijak paku

KINABATANGAN: Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan Bukit Garam, di sini, malam tadi, manakala seorang anggota bomba cedera ketika operasi memadam kebakaran. Kebakaran membabitkan deretan rumah dua tingkat dan satu tingkat dengan enam daripadanya terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi musnah kira-kira 20 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Hairi […]

Lima sekeluarga cedera, kenderaan jatuh gaung

KOTA BELUD: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter di Kampung Pituru Laut, di sini, malam tadi. Dalam kejadian itu, kenderaan jenis Isuzu D-Max berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dan masuk ke dalam gaung. Ketua Balai Bomba dan […]

APMM gagalkan seludup 540 karton minuman keras bernilai hampir RM200,000

LABUAN: Cubaan menyeludup 540 karton minuman keras berjenama bernilai hampir RM200,000 gagal apabila dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan dalam operasi di perairan Labuan, semalam. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, tiga bot mencurigakan dikesan 0.4 batu nautika tenggara Pulau Papan ketika rondaan Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 3.0 dijalankan. Pengarah […]

Tiga peniaga dikenakan tindakan dalam operasi bersepadu KPDN, KKM dan MDK

KUNAK: Tiga peniaga dikenakan tindakan undang-undang dalam Operasi Bersepadu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Daerah Kunak (MDK), hari ini. Operasi yang dilaksanakan susulan aduan pengguna itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta peraturan kesihatan di premis sekitar daerah ini. […]

Warga emas hilang ketika memukat, SAR masuk hari kedua

PAPAR: Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya karam ketika menjalankan aktiviti memukat ikan di perairan Kampung Kuala, di sini, semalam. Mangsa dikenali sebagai Saimin Ongit, 60, yang sehingga kini masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, operasi […]

Balai Cerap Al-Biruni jadi pusat pendidikan falak dan penyelidikan

PUTATAN: Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, di sini, bukan saja berfungsi sebagai lokasi rasmi cerapan hilal, malah memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan dan penyelidikan falak di Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata balai cerap itu berpotensi besar dibangunkan sebagai pusat pendidikan falak dan astronomi Islam yang lebih komprehensif. “Balai cerap ini juga […]

Lebih 10,000 hadir rumah terbuka Tahun Baharu Cina

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa. Majlis itu diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin bersama Ketua Menteri, Datuk Seri […]

Jangan takut guna teknologi digital, AI – Aliakbar

KOTA KINABALU: Ketakutan terhadap perkara berkaitan dalam talian, teknologi digital, aplikasi pintar, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan platform seperti ChatGPT, perlu diketepikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata ini kerana semua itu kini menjadi realiti, bukan lagi fantasi. “Kalau dulu kita takut dengan perkara digital, hari ini kita tidak boleh […]

Dua lelaki cedera rempuh pokok tumbang

LABUAN: Dua lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Menurut kenyataan APM Labuan di Facebook, […]